0

KEJUTAN My REDCLAW CRAYFISH

Jam 10.30pagi, 29 November 2010...memang aku betul2 mengantuk sekarang ni...malam tadi jam 12tengah malam sampai Kamunting...jam 5.30pagi pulak dah bertolak balik ke Pulang Pinang...kepulangan yang maha sekejap tu kerana menghantar Ira dan Yaihh kembali ke rumah To'ki....duration masih tak dapat dihitung, setelah selesai dan selamat anak pengasuh dari menjalani pembedahan mata, baru buleh diambil semula anakanda2 aku tu...sementara wife aku busy sket kat Kolej lantaran student sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, aku pulak kena bertugas di kedai, kome dua dok dulu la kat sana yer....abah dah tak buleh nak kata apa dah....sabor jer la...

Flashback jam 1700, 28 November 2010....sedang aku menunggu Yaihh bangun dari tidor, aku dan Zahirah dok tekun la melayan channel Ceria...Hagemaru la, Pocoyo la....gasakkk...asal dia mau diam udah laaa....plan dalam kepala, bangun jer Yaihh kejap lagi, abah nak keluor sat bawak kome2 kena angin luor sket...dok terperuk dalam rumah jer sejak pagi...nak pergi isi minyak kereta sebab malam ni nak shoot balik Kemunting...lagipun, udah 'kebas' otak abah dah...dah la tu, dari pagi melayan Ceria jer dah...hehehhehe....dalam dok bersiap2 nak salin pakaian di dalam bilik tiba2 Ira menjerit...''abah!!!....udang dah mati!!!...''...................[errrr sat....nak bukak perenggan baru ler...hahaha]

''..Apaaaaaaa????....''....takkan kot getus hati aku....baru jer malam tadi aku bagi deme makan....siap sahut2 lagi hinggakan nyaris kepit deme nak kena jari aku...tengok2 sungguh...dah bergolek2 dah bangkainyer....biler aku angkat, tengok bijik mata pun dah takde....lorrr...dah mati kamu rupanya.....sambil mata aku menjeling sekor lagi lobster kat bahagian kiri akuarium...dia pun diam jer....jangan2 lepas ni miker pun padam....lagipun sejak akhir2 ni, aku tengok deme nak makan pun malas...biler ditabur flake food, deme makan pun sikit aje...yang ikan pulak yang tak renti2 nak berenti makan...hehehehe....takpelaaaa ira kata aku, dah dia nak mati...nak buat macam mana????....ira pun dok ulang kata....kesian udang kan abah...!!!...aku pun jawab...tu ada sekor lagi tu....takpe....jom kite keluor, abah nak beli karipap panas dengan isi minyak....sambil aku berlalu keluor, aku letakkan bangkai udang tu di celahan rumput di depan rumah....aku biorkan aje disitu.....nak kata sedih tu tipu ler....heheheh

Setelah wife aku tiba ke rumah, kami pun memulakanlah perjalanan...malam tu aku bertolak dari rumah ke Kamunting jam 2030malam...besok awal2 pagi kena shoot balik ke Penang dah...masing2 takde cuti...ni betul2 ngantor anak jer....mujor la dekat, buleh la buat macam tu...sampai rumah abah pun dah jam 2300malam...uk ak uk ak, dah jam 0100pagi...antara sedar dan tidak, aku terlelap....

Jam 0530, 29 November 2010...kami pun memulakan perjalanan pulang ke Pulau Pinang..sedang bergerak pulang tu, macam2 la kami suami isteri ni bualkan dalam kereta....termasuk la kes kematian Lobster aku tu....macam2 teori yang kami keluorkan....pasal heater la, makan la, kes 'penaklukan kawasan' la....semua kami bualkan...walhal takde la profesional mana...cuma saja nak buat topik, buat habuan hilang ngantuk semasa memandu...jam 0800 tiba di Balik Pulau, setelah selesai sarapan pagi, kami pun singgah la rumah sebentar untuk mengambil sedikit barangan untuk ke tempat kerja masing2....

Tiba je kat rumah, tengok2 akuarium, apsal pulak takde sebarang bunyi ni...bunyi filter pump pun takde....check2 rupanya filter dah sumbat dengan lumut...emang nak kena cuci...tengah dok bedek nak ambil filter tu, tiba2 aku ternampak sepit lobster...sebelah dicelah batu dan potongan pokok bakau dalam tu...''haihhh!!!...sepit lobster teman yang sekor ni dah tercabut ke???''...aku perhatikan di sebelah kiri akuarium aku....elok jer ada sepasang sepitnyer....yang aku buang semalam pun sempurna jer sepasang jugak....abess tu sapa punya sepit tu????.....aku intai dari celah2 kayu tu....hah!!!...sekor lagi lobster dalam akuarium aku!!!!.....biler pulak ada 3 ekor ni......seingat aku, aku cuma bela dua jer dulu...mana mari pulak yang ketiga ni????....besor pulak tu....wife aku pun heran...macam mana buleh ada timbui sekor lagi ni...nak kata anak dia, takkan sebesor itu...dalam aku dok membedek rupa lobster yang 'baru' tu, mata aku terpandang kan ekor dia...kecederaan ekor dia sama dengan yang mati petang tadi...huh!!!...baru aku teringat...pernah aku terbaca satu artikel tentang lobster ni...dia memang kena melalui satu proses iaitu bersalin kulit (Molting)...sebab dia nak membesar....cengkerang/kulit dia tidak akan membesar melainkan dia bersalin kulit...nak kompomkan cerita, cepat2 aku ambik kembali 'bangkai' yang aku buang di depan rumah petang semalam....masih lagi tidak dihurung semut...bau busuk pun takde...setelah di perhatikan betul2...sah!!!...memang kulit dia yang aku buang petang semalam....kulit lama!!!...siap satu set...dari sepit depan sampai la ke ekor....complete!!!!....SubhanAllah!!!!.....

Tapi sungguh...penampilan lobster aku yang baru ni memang ada beza...sepit dia semakin melebar....dan yang amat jelas aku perhatikan dia punya dua muncung aireal depan (long Antennae)...dah sama panjang...yang dulu kontot sebelah....kiranya proses ni memang lobster kena lalui untuk membaiki bahagian2 yang rosak seperti sepit, kaki, ekor dan sebagainya...



Video contoh bagi proses bersalin kulit untuk Crayfish @ Crayfish Molting









Antara shot2 kulit asal Crayfish aku untuk dikongsikan bersama

Nota Kaki : maaf, susunan coretan tunggang langgang...blogger mengantuk tak abess lagi...muahhahahah!!!!

Info : Sekiranya ada diantara pembaca (termasuk la aku) yang mengalami pengalaman sebegini, sila biarkan cebisan kulit asal tadi di dalam tangki akuarium...kerana Crayfish akan 'membalun' kembali cebisan kulit tu untuk mengambil kembali 'khasiat2' yang ada dalam kulit tersebut untuk pembentukan kulit barunya....

Roll out!!
0

SEJARAH KOMPUTER

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :
www.familiazam.com
Generasi Pertama (1940-1959)
Generasi Kedua (1959-1964)
Generasi Ketiga (1964-1980)
Generasi Keempat (1980 - Sekarang)
Generasi Kelima (Masa Depan)
www.familiazam.com
GENERASI PERTAMA

Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe).
www.familiazam.com
Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling.

Tiub Vakum ENIAC
Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja.
www.familiazam.com
Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan.

EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.
www.familiazam.com
Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.
www.familiazam.com
GENERASI KEDUA

Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan.
www.familiazam.com
Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir.

Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.

GENERASI KETIGA
www.familiazam.com
IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.

Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.
www.familiazam.com
Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1.

Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.

GENERASI KEEMPAT
www.familiazam.com
Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).

Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar.
www.familiazam.com
Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.

Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah !.
www.familiazam.com
Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.

GENERASI KELIMA
www.familiazam.com
Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.

Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut.
www.familiazam.com
Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference' dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.
www.familiazam.com
INFO PENULIS
Nor Arisham Bin Haji Bakar
MIS Executive/System Analyst
URL : www.whizzkid.cjb.net / www.arisham.cjb.net
EMail : whizzkid_98@hotmail.com / arisham@pd.jaring.my
Author Of : Pengaturcaraan Pascal, Sistem Rangkaian dan Pengurusan Koperasi,
Computer Might And Magic, Turbo Pascal 7.0 Programming, Turbo Pascal (Grafik),
Turbo Pascal (Grafik Lanjutan), Windows CE dan Komputer MudahAlih.

Sumber : www.familiazam.com
0

TIPS MELAJUKAN BROWSING DENGAN MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX

Kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...

Tips Untuk Mempercepatkan Firefox

1. Buka firefox anda, dan taip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba......

Nota kaki : berhati - hati ketika membuat pengubahsuaian dalam about:config tersebut...penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan akibat pengubahsuaian interger....

roll out!!!
0

TIPS MELAJUKAN INTERNET

T1) Biasanya tak laju ni sebab ada banyak software ‘run’ pada startup. So nak buangnya senang je. Klik pada start dan pilih run. Pastu taip MSCONFIG (huruf kecik pun takpe) dan tekan ok. Then, akan keluar system configuration utility. Kat butang tab pilih startup. Untick atau Uncheck mana2 software atau aplikasi yang dirasakan tak perlu ada dalam startup. So takdelah banyak aplikasi ‘running’ semasa kita melayari internet.

2) Selain itu, kita juga boleh melajukan internet dengan menggunakan default wallpaper. Janganlah guna wallpaper canggih manggih yang ada gambar, grafik dan sebagainya. Bila banyak sangat benda tu yang jadi lambat nak loading internet tu. Sebab banyak makan (guna) RAM atau memory.

3) Tutup atau kurangkan penggunaan software lain semasa melayari internet. Fokus pada satu2 benda sahaja. So takdelah lambat sangat masa nak guna internet tu. Software atau aplikasi lain tu gunalah masa dah abis melayari internet tu.

4) Jaga komputer anda dan elakkan dari terkena virus ataupun spyware. Ini juga boleh menyebabkan internet menjadi lembap. Bila dah banyak virus ada dalam PC kita, komputer atau hard disk akan jadi slow. Maka automatik, nak guna internet pun jadi slow jugak.

5) Jangan guna internet terlalu lama atau lebih dari dua jam. Jika lebih dari tu, leh disconnect dulu untuk 5-10 minit. Kemudian baru buat connection balik. Ini supaya modem dapat refresh balik serta dapat kurangkan kepanasan modem. Keselamatan modem pun terjaga.



0

GAMBARAN HARI QIAMAT

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

 
Copyright © SEBUAH KARYA AGUNG