0

MENYAMBUNG HASRAT

Episod perpindahan aku ke rumah baru (rumah sewa jer), telah menghadirkan idea baru yang dah lama terperap (lepas kematian ikan2 hiasanku secara besar besaran pada akhir tahun 2008)...akuarium yang dah lama terbiar sepi, ingin aku membawakan kembali sinar2 zaman kegemilangannya yang dulu (ada la dalam setahun yang sudah, pasal cerdik sangat...time cuci akuarium dibantainya cuci abess satu akuarium...batu kasi basuh abess, ayor tukor satu akuarium...pendek kata memang nak bagi bersih suci balik laaa...padahal tu semua adalah faktor utama yang membuatkan semua ikan2 aku dulu terapung di permukaan ayor...tapi sekarang tidak lagi!!!...dah cerdik lagi sket...tukor ayor pun 1/3 dari ketinggian akuarium...hehhehe)...biler dah pindah tu kena la cuci akuarium tu segala bagai...letak2 jer akuarium tu kat rumah, tetiba rasa kosong pulak....dengan semangat yang membara...yaa!!!...akuariumku harus aku perisikan semula dengan ikan2, udang2, ketam2...(yer la sangat) agar hidup akuariumku kembali ceria....rumah sewa baru mesti kelihatan ceria!!!....ahhahaha!!!

dengan bermodalkan 38hengget (barang2 asas semua elok lagi, just top up2 sket jer peralatan )...akuarium aku kembali cantik 'bernyawa'...dengan kali ni aku nekad hanya mahu meletakkan ikan hiasan yang bersaiz besor2 sahaja (yang kecik2 ni macam guppy semua bagai ni manja sangat....letih nak jaga)...hanya dengan perkiraan matematik yang mudah dan bermodalkan isi dompet dengan kadar RM2 seekor...10 ikan Silver Shark atau dengan nama binomialnya Balantiocheilos melanopterus telah aku letakkan didalam akuarium tersebut...di samping dua ekor ikan 'Majlis Perbandaran' atau dengan nama saintifiknya Ancistrus...tak perlu ikan yang terlalu banyak kerana akuarium aku cuma bersaiz 3 kaki panjang sahaja...pump motor, batu-batuan, suction filter pump motor, ferris wheel (untuk mengembirakan ikan) semua masih dalam keadaan yang baik...cuma memerlukan sedikit saja sentuhan (konon) untuk menghias keadaan dalaman akuarium aku ni lantas aku telah menambah dua tongkol kayu bakau (RM5 setiap satu) untuk menampakkan yang akuarium aku ni betul2 'hidup' dan ceria...kalau ceria, ikan2 mesti ceria kan???...(konon lagi)...ehhehehehhe!!...bagi makan pun takde la macam dulu...bagi sekali sehari jer sudah...dulu jer asal time aku makan, ikan2 tu pun aku bagi makan...last2 ada yang mati kekenyangan....ikan gapi aku semua perutnya keras kebuncitan...dan setelah dikaji2....baru tau rupanya yang ikan ni tak buleh makan banyak kali...deme takkan mati pasal tak makan, cuma deme akan mati kalo banyak makan....baru tau!!!!....ehehhehe

Setelah sebulan berlalu, semua ikan2 aku hidup dengan cerianya didalam akuarium tersebut...sisik Shark semakin berkilat...hinggalah pada bulan ramadhan yang baru berlalu, tragedi lama kembali berulang, dimana kedua2 ekor ikan perbandaran aku telah 'menghembuskan nafas' melalui insangnya yang terakhir...sebab musababnya memang tidak diketahui....(mungkin kerana saiznya yang kecil kot)...menjadikan ahli akuarium sudah berkurangan menjadi 10 ekor sahaja....sian kat Shark aku....

Nak dijadikan cerita...kelmarin pergi la aku mencari ikan perbandaran tu di Bayan Baru...tapi nasib tak baik, ikan tu rupa2nya udah sold out (mungkin lepas raya gamaknyer, banyak orang beli pasal nak kena buat kerja mencuci cucian...thee hee heee!!!)...frust pulak rasa...dah la kedai ikan tak banyak kat sini...dalam dok berkira2 tu tiba2 mata ni terpandang kepada satu akuarium di dalam kedai tu...lawa2 pulak menatang marin ni...kubaca2 description kat kaca akuarium tu....tertulis ayat freshwater lobster....kelihatan macam menarik...''eerrrr...tauke!!!...ini udang buleh campur2 dengan ikan ka???''....tauke tu menjawab...''ini lobster buleh masuk sama2 dengan ikan...cuma jangan ikan gapi, ikan emas saja...pasai udang ni spesies yang diketegorikan sebagai jenis yang Semi-aggressive''...haaaa, cantik sangat la tu...memang satu 'perangai' dengan ikan Silver Shark teman tu....''ceduk satu ekor angkat mari"...kata aku....hehehe...dari ingat nak cari ikan perbandaran alih2 mari udang kara pulak dah....tapi saiznyer takde la besor...ada la kira2 dalam sejengkal..(campur panjang sepit dia sekali)....aku beli sekor cadangnya hanyalah untuk buat ujikaji kat rumah...maksud aku ujikasi keasimilasian bersama2 dengan2 ahli akuarium yang lain....harap2 kali ni semuanya akan panjang umur...kalo lobster tu buleh hidup, pastikan aku mencari pasangan buatnye nanti...hehhehehhe....

Sewaktu nak pergi bertugas tadi...aku membelek2 akuarium aku tu...mencari dan mengira bilangan benda2 bernyawa (hari2 menjadi rutin, bayangkan kalo ikan tu semua ikan gapi...mau berpinor bijik mata)...kira punya kira punya kira, lobster aku tak kelihatan...haaa!! sudah!!!....mana pulak perginya????...kena baham dengan Silver Shark ke????....timpa dek tongkol kayu bakau ke????...dalam dok mencari2 tu rupa2nya baru terperasan yang dia dah ada kat bahagian atas akuarium...memanjat melalui wayar filter pump yang ada dalam akuarium tu...sambil sepit besarnya kuat mencengkap wayar...tiba2 aku tertanya2 sendiri....lobster ni buleh hidup dua alam ke?????

Roll out!!!

p/s -Gerun pulak menanti waktu pulang...kot2 lobster tu dah hilang nyawa....heeeeeeeeeeeeee!!!!

Nantikan...MENYAMBUNG HASRAT...episod 2!!!!.....



0

RESELLER HYPROBULK SYSTEM PLAN

Salam kembali...seperti yang saya janjikan, di sini saya akan memberi panduan ringkas kepada apa yang kita panggil marketing plan bagi program Hyprobulk SMS...kita akan menjadi reseller kepada pihak syarikat...AFFILIATOR...mungkin apa yang dinyatakan disini agak kurang jelas, tetapi saya telah usahakan dengan sedaya upaya saya kepada anda agar ianya mudah difahami yang mana ia mampu menjana pendapatan sehingga 4 angka seminggu...!!!

okeh...dalam sistem pemasaran bagi program ni...kita akan diberi 3 pakej pilihan untuk menjadi ahli...Xtreme250, Xtreme500 dan Xtreme1000...yang mana bermaksud Xtreme250 = RM250.00, Xtreme500 = RM500.00 dan Xtreme1000 = RM1000.00...


PRODUK
e-HyperBulkSMS adalah merupakan satu sistem yang menggunakan internet sebagai 'platform' penggunaan...yang mana akan memberikan anda dua sistem sekiranya anda menjadi ahli...

1. Xtreme500
a. Sistem eWallet (Pelan & Komisen)
b. Sistem HyProSMS (Hebahan SMS Secara Pukal)
c. 500 sms "Auto Maintain" Bulanan

2. Xtreme250
a. Sistem eWallet (Pelan & Komisen)
b. Sistem HyProSMS (Hebahan SMS Secara Pukal)
c. 375 sms "Auto Maintain" Bulanan

3. Xtreme1000
a. Sistem eWallet (Pelan & Komisen)
b. Sistem HyProSMS (Hebahan SMS Secara Pukal)
c. 750 sms "Auto Maintain" Bulanan

KOMISEN & BONUS
eHyProBulkSMS memberi 4 jenis Komisen dan Bonus seperti di bawah:
1. HyPer Referral Income (HRI)
a. Xtreme500 - 100% dan 50% - (infiniti ke kanan - matahari)
b. Xtreme250 - 60% - (infiniti ke kanan - matahari)
c. Xtreme1000 - 100% - (infiniti ke kanan - matahari)

Jadual 1


Jadual 2

saya akan ulas apa yang dimaksudkan dengan HRI (Hyper Referral Income)
a) Untuk setiap dua kaki yang pertama (bagi kesemua pakej), syarikat akan membayar komisen 50% bagi setiap kaki (contoh kaki A dan B)....kita andaikan A dan B menjadi ahli dengan rujukan amaun yang sama dengan pakej...(Rujuk Jadual 1)

b) Setelah kita mendapat memasukkan kaki A dan B, kemasukan kaki yang seterusnya iaitu kaki C, D, E, dan seterusnya adalah pendapatan kita...setelah dinyatakan dari awal tadi...pakej Xtreme500 dan Xtreme1000 menawarkan pembayaran komisen kepada kita 100%...manakala bagi pakej Xtreme250, hanya 60% pembayaran komisen yang akan diterima oleh anda...kita andaikan juga C, D, E dan seterusnya menjadi ahli dengan rujukan amaun yang sama dengan pakej(Rujuk Jadual 2)


2. HyPer Loyalty Income (HLI)
xtreme500, Xtreme250 dan Xtreme1000 - 40% - (infiniti ke bawah)


Bagi sistem bonus Hyprobulk, syarikat telah menyediakan bonus komisen yang kedua iaitu Hyper Loyalty Income (HLI)...apa yang dijelaskan oleh jadual diatas adalah bagi setiap kaki 1 dan 2 bagi setiap powerline kebawah, syarikat akan membayar kepada anda komisen 40% lagi bagi tiap2 dua kaki yang pertama...kita andaikan kaki 1 dan 2 menjadi ahli dengan rujukan amaun yang sama dengan pakej...TAPI TIDAK UNTUK KAKI KETIGA DAN SETERUSNYA!!!...kerana, syarikat tidak akan membayar apa2 kepada anda sebaliknya membayar 100% kepada uplinenya iaitu C (Kalau C ambil pakej Xtreme250, hanya 60% sahaja)...ini yang membezakan affiliate dengan MLM...rajin yang dibawah bekerja, semakin cerah dia dapat memintas yang diatas...konsepnya mudah...kalo rajin, masyukkk...kalo setakat join tapi tidak berbuat apa2...ia masih dianggap rugi kerana tiada sebarang komisen akan dibayar kepada anda...



3. HyPer Withdrawal Income (HWI)
Xtreme500, Xtreme250 dan Xtreme1000 - RM4.00 - (10 level dari bawah kepada anda)


Anda akan mendapat HYPER WITHDRAWAL INCOME sebanyak RM4 setiap kali ahli di bawah jaringan anda membuat Pengeluaran (withdrawal). Anda layak mendapat HYPER WITHDRAWAL INCOME sehingga Level 10.

Untuk mendapat HYPER WITHDRAWAL INCOME, anda perlu mencapai satu syarat mudah iaitu anda perlu MEMBANTU KAKI A & B UNTUK BALIK MODAL.

Jika anda telah memenuhi syarat mudah tadi, anda berpeluang menerima komisyen RM4 daripada setiap pengeluaran oleh setiap donwline anda. Katakan 1,000 orang membuat pengeluaran pada minggu ini, maka RM4,000 bakal anda terima. Begitulah hebatnya Bonus Pasif yang diperkenalkan oleh Hypernet Resources.


4. HyPer Teknokrat Income (HTI)
Pendapatan Terkumpul Dari Tabung Teknokrat kepada Teknokrat SAHAJA. Kiranya bonus keempat dari syarikat...

Teknokrat ialah ahli HyproBulkSMS yang boleh mengaktifkan ahli baru dalam kumpulan mereka atau kumpulan yang lain. Syarat-syarat untuk menjadi Teknokrat adalah seperti berikut :

1. Menjadi Ahli EXTREME500 (RM500)
2. Membayar maintenance untuk setahun (RM900)
3. Membeli 5 stok AP Wallet (RM2500)

Bonus Teknokrat ini akan dibayar sebulan sekali pada penghujung bulan. Purata Bonus Teknokrat adalah diantara RM50-RM100 per ahli yang diaktifkan


AUTO MAINTAIN

Syarikat akan memotong secara automatik RM75 setiap kali anda Withdraw dari Sistem. Anda bakal mendapat sebanyak 375 / 500 / 750 kredit SMS (bergantung kepada pakej) ke dalam akaun anda setiap kali auto-maintenance dibuat.


Contoh Auto-Maintenance:


MINGGU 1 Jan 09 buat withdrawal = potong RM75.00 untuk maintain Feb 09

MINGGU 2 Jan 09 buat withdrawal = potong RM75.00 untuk maintain Mac 09.

MINGGU 3 Jan 09 buat withdrawal = potong RM75.00 untuk maintain April 09.

MINGGU 4 Jan 09 buat withdrawal = potong RM75.00 untuk maintain Mei 09.


CARA MEMBUAT WITHDRAWAL

a) Syarat Utama untuk membuat Withdrawal adalah anda MESTI MENAJA 2/3 ORANG terlebih dahulu.

b) Withdrawal boleh dibuat SEMINGGU SEKALI selewat-lewatnya hari Jumaat 11.59 PM

c) Bonus akan dimasukkan dalam akaun anda selewat-lewatnya hari .RABU

d) Had MINIMA Withdrawal adalah RM250.

e) Auto-Deduct daripada setiap Withdrawal

1) Auto-Maintenance : RM75
2) Bonus Withdrawal : RM40
3) Bonus Teknokrat : RM10
4) Caj Pengurusan : RM5
JUMLAH : RM130


Pada sapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut...buleh terus berhubung dengan saya melalui Facebook atau layari website rasmi Hyprobulk dan juga melalui website replika saya ini...Jika inginkan merasai 'kemanisan' kejayaan, bertindaklah...jangan kita hanya mengeluh dan tidak berbuat apa2 langsung...Roll out!!!



0

HYPROBULK SMS

Salam eberibadi dan salam sejahtera...lama pulak rasa aku tak hapdate blog aku nih...biasa la bila dah idea takde nak update, tu yang jadi macam tu...(alasan barangkali)...ehhhehe...tapi disebabkan hari ni aku memang boring ya amat, jadi aku sengaja mencari2 topik yang buleh aku kongsikan bersama2 semua pembaca karya agung nih...(kunun)...

Topik yang aku nak tulis ni, agak berbeza dengan hasil2 penulisan aku sebeluum nih...apa yang aku ingin konsikan bersama adalah tentang salah satu dari program AFFILIATE yang sudah aku sertai...HyproBulk SMS...

Sistem HyproBulksms ni aku permudahkan untuk kita2 ni paham adalah sistem sms blasting secara pukal melalui internet...dijalankan oleh syarikat Hypernet Resources yang beribu pejabat di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya...yang mana ianya telah ditubuhkan pada tahun 2008...

di mana dengan menggunakan sistem ni, kita boleh menghantar SMS secara pukal kepada kumpulan2 sasaran hanya dengan sekali hantar...hingga ke beribu2 penerima dengan kadar serendah 9sen/SMS ke seluruh dunia...bunyinya agak mudah kan???...memang mudah sebenarnya kalo nak dibandingkan dengan penghantaran SMS dengan menggunakan telefon bimbit kita sendiri...mau hilang nombor2 kat pad tu, pudar gara2 tekan banyak kali...ehhehe....

Seperti yang telah dijelaskan di perenggan atas, penghantaran SMS dengan sistem HyproBulksms ni adalah dengan kadar serendah 9sen/SMS..."iskkk!!!...mahal la...aku sms kawan aku yang lain yang 'bernaung'di bawah satu TELCO yang sama baru 1 sen!!!..."...kata kawan2 aku yang pernah mendengarkan sistem nih...BETUL!!!...memang mahal kalo nak dibandingkan dengan yang 1 sen tu...tapi dengan menggunakan sistem ni, bukan saja SMS...malah MMS, WAP push, flash massage...semua sistem ni akan 'pukul rata' dengan kadar serendah 9sen/SMS,MMS kepada semua rangkaian...tak kira la 012,013,019,016 dan sebagainya...cuba kita bayangkan sejenak, sistem ni mahal ke tak???...kalo nak dibandingkan dengan rate TELCO yang lain...sekali kita hantar mms rasanya ada yang akan kena cas 0.50sen, tu aku amik yang rendah...tu belum lagi kalo kita nak bercerita tentang no telefon bimbit sahabat2 kita tu sendiri...ada yang bernombor 012 tapi dibawah celcom, ada yang bernombor 013 tapi berada dibawah Digi...dan sebagainya...sebagai contoh kita (019) ingatkan murah la send sms kat kawan kita pasal kawan kita pakai 013...rupa2nya kawan kita dah beralih kepada TELCO yang lain dengan menggunakan no yang sama...bayangkan berapa cas yang kita kena bayar untuk perkara sebegini...???

Sistem HyproBulk ni pada aku cukup berguna...ia buleh digunakan untuk membuat sebarang hebahan, promosi dan sebagainya yang dirasakan berkait...agen2 MLM, Pengangkutan, Hospitaliti, Pelancongan, Hiburan, Pendidikan, Perbankan adalah antara kumpulan2 sasaran yang pada aku patut menggunakan sistem nih...untuk komuniti perumahan kita aku ambil sebagai contoh...kita ambil semua no telefon bimbit ahli kariah kita, guna sistem ni untuk membuat segala hebahan tentang berkaitan dengan majlis2 ilmu yang akan diadakan untuk Masjid dan Surau kita...kalo kita menggantung banting, akan ada mata yang akan terlepas pandang...tapi dengan mesej terus kepada telefon bimbit...ianya akan lebih efektif dan memang terus disebarkan kepada kumpulan sasaran tersebut...

ianya mudah, ringkas dan hebahan yang dilakukan cukup pantas ke telefon bimbit masing2...kalo hebah melalui Facebook, Myspace, email dan sebagainya...ianya akan memerlukan masa dan keperluan tertentu untuk kita login...tapi dengan sistem HyproBulk, ianya terus ke telefon bimbit anda...sebab dah tentu semua orang memiliki telefon bimbit, jadi kalo dah ada telefon bimbit dah tentu ada capaian SMS...ianya mudah!!!...berkesan lagik....heheh

Jadi kepada yang membaca posting ni...sekiranya ada yang berminat dengan sistem HyproBulksms ni...memang betul2 aku sarankan untuk menggunakannya...sistemnya mudah seperti kita mengandalikan email...memang user friendly...selain dari kita menggunakan sistem ni untuk menghebahkan SMS secara pukal, ianya juga buleh digunakan sebagai SMS reminder...contohnya seperti peringatan membayar insuran kenderaan (untuk kegunaan syarikat insuran), ucapan selamat ulangtahun, Majlis keraian, Ucapan perayaan...buleh kita gunakan ia sebagai peringatan kita...kita ambil contoh ucapan selamat ulangtahun kelahiran, kita dah tau tarikh ulangtahun kelahiran seseorang tu...apa yang hanya perlu dilakukan hanyalah menulis ucapan, setkan kepada no telefon bimbit penerima ucapan, setkan tarikh dan masa...DONE!!!...sampai masa yang telah kita aturkan, ucapan automatik akan terus dihantar kepada penerima sama seperti yang telah anda aturkan...mudah bukan???...

Banyak lagi sistem bulksms yang ada kat luar nih...cuma yang membezakan sistem ni dengan yang lain adalah pelan pemasaran dia...syarikat yang mengendalikan sistem ni mampu memberikan komisen kepada affiliator nya 100% payout!!!...solid!!!!...dah la sistem pun bagus, buleh buat hebahan bagai, serendah 9sen sedunia pulak tu...marketing plan pun 100% komisen payout!!!...jadi tidak ada alasan yang lebih sahih untuk kita menggunakan sistem bulksms yang lain selain dari HyproBulk sms...

Sekiranya berminat untuk mendapatkan butiran2 lain,layari link HyproBulksms ni atau berhubung dengan saya secara terus melalui web replika saya ini...insyaAllah kalo ada kelapangan akan aku detailkan pulak tentang marketing plan bagi sistem HyproBulk SMS ni...cuma yang buleh aku katakan sekarang...sistem ni dah bagus, sesuai untuk kegunaan semua golongan...dan marketing plan dia jugak memang menguntungkan...memang mampu menjana pendapatan...





Ringkasan untuk Apa itu Bulk SMS / SMS Broadcast?

a) Merupakan salah satu sistem yang boleh membuat hebahan / sebaran SMS melalui Internet.
b) Sistem ini sangat efektif dan dapat menjimatkan masa serta kos.
c) Digunakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan hebahan kepada kumpulan sasaran.
d) Merangkumi semua syarikat Telekomunikasi di Malaysia (012, 013, 014, 016, 017, 019).
e) Kredit SMS hanya sah laku untuk tempoh satu (1) Tahun.
f) 'Sender ID' boleh ditetapkan oleh pengguna.

Aplikasi Sistem Web SMS ringkasan...

a) Akses melalui Internet (Online System)
b) Akses user Multilevel (Main / Sub User)
c) Boleh menggunakan Unicode (cth. Huruf Bahasa Cina / Jepun)
d) Penghantaran SMS melalui file yang di import
e) Penghantaran SMS mengikut jadual
f) Pengurusan Phonebook
g) Pengurusan Contact Group
h) Mengimport senarai nama melalui file
i) 'Sender ID' yang tersendiri

* Modal untuk join HyProBulkSMS ialah serendah RM250 / RM500 / RM1000 SEKALI SEUMUR HIDUP!
* Anda akan terima sistem SMS BLASTING dan anda juga RESELLER untuk syarikat!
* Website yang mantap. Ada sistem SMS BONUS!
* Gabungan 2 teknologi terpantas! (Internet dan SMS)
* Bonus REALTIME! (24 JAM / 7 HARI SEMINGGU)
* Pelan bonus INFINITI! (TIADA HAD)
* Pelan pemasaran yang ADIL!
* Tidak perlu menjual barang!
* Tiada had masa dan umur!!
* Pembayaran bonus secara MINGGUAN! Cek atau bank-in!
* Pembayaran bonus TERTINGGI di pasaran! (100% PayOut)
* Rekod sudah membuktikan ramai yang sudah berjaya menjana income 4 hingga 5 angka SETIAP MINGGU!


HyProBulkSMS
MAMPU + MUDAH + LUMAYAN + TERJAMIN + TERBUKTI

SEKIRANYA ANDA BELUM TERLINTAS UNTUK SMS SY @ PM
INBOX BERTANYA,MAKA ANDA MSIH SANGGUP BERTUANKAN KESEMPITAN HIDUP!!!
MAKA BELUM SAMPAI MASANYA TUHAN MENAMBAH SATU LAGI SUMBER PENDAPATAN
ANDA..SERIUS MAHU BERUBAH?
JOM APA TUNGGU LAGI????? RAMAI YG DAH BERJAYA... ANDA?? BILA LAGI????
Untuk melakukan pendaftaran secara percuma, klik sahaja di SINI
0

MERDEKA DI PANTAI

Pantai Merdeka......nama biasa dah aku dengor...dalam lagu kumpulan Jinbara pun ada sebut nama pantai tu...best ke???...entah la...aku sendiri pun tak pernah sampai...jadi pada hari sabtu yang lalu, kebetulan pulak Kolej (menerusi jabatan isteri aku) ada mengadakan hari keluarga kat pantai tu...dapat la aku sekeluarga dapat peluang untuk pergi ke pantai tu (jangankan pantai merdeka, Pantai Miami kat Batu Feringgi pun aku tak jejak lagik, walaupun dah dekat 5 tahun dok Pulau Pinang nih...)..hehhehehe...aku pulak rasa yang ter'girang' lebih...mana taknya kalo jadi la pergi sana, merasa la dapat aku bawak anak2 aku ni mandi kat pantai...bila ditanya "ira nak mandi pantai tak???..."....dia dengan konfiden terus menjawab..."nak...nanti buleh Ieya buat istana pasir.."....terkejut aku!!!...sapa pulak yang ajor dia kalo pergi mandi kat pantai kena buat istana pasir????...ehhehehhe....tercengang2 aku kejap, seingat aku dan wife...takde pulak kami sebut mende2 tu kat dia...tapi tu la, agak2 kami antara dua....tak dia dapat dari pengasuh dia, atau pun dia dok tengok cerita2 kat dalam channel 611 tu...hehehhehe....advance pulak anak aku yang sorang ni...hehhehe...

Sesudah sampai jer di Pantai Merdeka tu...ku lihat Ira dah tak ketahuan dah...mana taknya, playground dah terpampang didepan mata...kira nak gelungsur jer dah...hari baru jam 11 pagi...matahari dah mencacak atas kepala...ikutla Ira...larang satlagik dia tetap nak main jugak...aku menjengah ke tepian laut...tu dia!!!..satu bijik pasir pun tak nampak....air pasang kot...abess punah ranah impian anak aku nak bina 'istana pasir'...kesian kat dia (sambil aku memerhatikan dia terus bermain gelungsur tanpa mempedulikan lagi keadaan pantai tu)....ehehhehehhehe....rasa aku gelungsur tu lagi mengujakan dia berbanding 'istana pasir'...takat sebut buleh la...walhal istana tu pun tak tau mende....kih kih...

Last2...terpaksa la jugak teruskan plan B...return balik kat Balik Pulau, pergi mandi sungai kat Teluk Bahang tu...jimat duit sunblock....muhahahahhahah!!!!....

Roll Out!!!

p/s : Posting yang ditulis dalam keadaan jiwa yang sungguh bosan...hehhehehhe
2

TERKELENYUK TANPA SEBAB

Pagi ni aku ada urusan kat bank...mana nak settlekan payment untuk kereta, kad kredit, pinjaman bank serta pembayaran untuk sistem pembetungan (kena la bayo, melimpah kang susah pulak...ekekeke)...settle jer urusan semua urusan, terus aku kekedai...jam pada masa tu menunjukkan jam 9.40 pagi...awal lagik...kedai buka 10.30 pagi...cantik la tu...ada la clearance sket masa untuk aku mengelap2 apa yang patut kat kedai tu (nak main game ralit pulak kang)....dan seperti yang dijanjikan kepada diri aku...jam 10.30 pagi kedai aku dibuka dengan 'rasmi'nya untuk hari nih...

macam biasa la bila dah mula jer kerja, FB mesti kena on...baru la sempoi...takde la aku 'meroyan' sorang2 keboringan...dalam sambil2 berfesbuk, segala ceruk suratkhabar online mesti aku baca...tak kisah la tajuk apa pun, yang penting aku tau serba sedikit cerita kat luar tu...sebab dah memang jadi kebiasaan, malam nak balik satlagi baru aku turun keluor menjengah dunia...selagi dalam tempoh aku bekerja nih...dalam ceruk kedai ni la aku duduk...tak keluor2 dah...ehehhehe

jam dah menunjukkan pukul 11.30 pagi...pelanggan hari ni dok silih berganti...aku perhatikan banyak yang melayan laman2 sosial seperti Myspace dan Facebook...tak ketinggalan juga pelajar sekolah menengah sessi petang membuat kerja2 seperti kajian tempatan dan sebagainya...bunyi peluru dan tembak menembak juga kedengaran diceruk PC aku yang hujung, kelihatan orang dewasa sedang melayan PC games...Call Of Duty : Modern Warfare 2....macam tu la kedai aku saban hari...diam tak diam kedai aku dah beroperasi selama setahun setengah....syukur alhamdulillah....

"...OOOoooo!!!!...kat sini kamu yer!!!...''...tiba2 datang satu suara memecah kesunyian....aku perhatikan seorang wanita yang berpangkat koperal....errrr...maksud aku 'berpangkat' makcik datang menegur anak dia yang sedang leka menaip tugasan folio...(kenyataan aku ni adalah berdasarkan pada tinjauan segera aku kepada PC dia betul2 lepas makcik tu bising yang memecahkan keharmonian kedai aku tadi)...macam biasa la kalo dah ada yang rupe ni masuk kedai aku...memang aku buat tak nampak jer la....fokusku tetap kepada akhbar online yang sedang aku baca tu....

''...periksa lagi dua minggu..!!!...''....kali ni makcik tu bernada tegas....kelam kelibut la anak dia tu mengemaskan barang2 dia...aku mengintai perisian monitoring aku, dan aku perhatikan masa budak tu ada lagi dalam 21 minit...dengan muka yang memang tak semiyak (kata orang Perak)....budak tu terkocoh ke kaunter, meminta aku agar menyimpan baki masa dia...(INFO : kedai aku ni ada satu sistem....memandangkan sistem kedai aku ni ada yang pay and play....aku menawarkan penyimpanan masa kepada para pelanggan, yang mana dikhususkan kepada masa 10 minit keatas sahaja...maknanya lain kali kalo dia datang dia buleh la claim balik masa dia tu...takde la masa tu burn abess macam tu jer)

Dalam pada aku sedang cuba bertanya nama dia untuk dimasukkan didalam rekod penyimpanan masa....''tu buat apa lagi!!!!...''...suara makcik tu kembali kedengaran....kali ni memang berdesibel tinggi....abess semua customer yang ada memandang ke kaunter....dalam keadaan yang kelam kabut tu, budak tu terus keluar dari premis aku sambil makcik tu terkebil2 berdiri memerhatikannya....dengan tak semena2...makcik tu berkata pada aku dengan nada yang agak keras....''...kamu tau tak anak aku tu nak periksa..???...''.....sambil membulat2kan mata tanda tidak berpuashati dengan sesuatu (tak puas hati dengan kedai aku la tu)....aku pun tak teragak2 terus menjawab....''...mana saya taukan anak makcik nak periksa ke hape ke....saya bukannya guru besor atau pengetua sekolah...!!!!....''...memang seriyes aku bagi...tapi tu la, semua tu hanya mampu bergema dalam hati jer la....ekkekekekkek.....pelanggan kena jaga beb, walaupun hati ni dah terbakor hangit rentung segala bagai....aku hanya mampu melihat dan 'mencipta' sedikit senyuman dengan harapan yang tinggi agar makcik ni berenti membebel kat aku dan segera turun dari premis aku...bukannya apa, aku tau diri aku...aku buleh bersabar...tapi kalo aku dihentak tanpa satu sebab musabab yang konkrit...aku pasti memang aku akan melawan balik kata2 dia....seperti dia memahami apa yang aku fikirkan...dia pun turun keluar dari premis sambil menjerit2 marah kepada anak dia tu....aku perhatikan ada sorang pelanggan yang turut ada masa kejadian tu mengeleng2kan kepala kepada ku sambil tersenyum...aku pun tanpa fikir panjang, mengeleng2kan kepala la jugak!!!...ehehhehehhe....

kuperhatikan lagak dan gaya makcik tu, dia mampu untuk menyediakan segala kemudahan berkomputer dirumahnya....agar memudahkan anak2 dia membuat kerja2 sekolah seperti yang telah aku nyatakan tadi...senang, lepas tu beli mangga kunci solex, rantaikan kaki anak2 dia kat rumah....dia mampu untuk melakukan semua tu....memang mampu....tapi kenapa bila berlaku nya perkara2 seperti yang aku ceritakan ni, aku selaku pengusaha kedai juga yang dipersalahkan?????....apa salah aku????....sebab aku buka Cyber Cafe kat kejiranan ni???...apa salah Cyber Cafe?????....bukan aku run bisnes ni secara salah dan tanpa lesen....aku beli lesen kedai ni 24 hengget setahun tau!!!!!...ekkekekkee.....asal sebut Cyber Cafe jer lucah, port ponteng sekolah, buang masa, tempat tak berfaedah, tempat berjudi, samseng....kenapa mentaliti masih mau berfikir macam tu????....yaaaaa, tak dapat aku nafikan ada Cyber Cafe yang berselindung disebalik nama untuk melakukan perkara2 yang tak elok....tapi bukan semua....memang aku akui kedai aku adalah antara Cyber Cafe yang paling 'kolot' kat kejiranan aku nih....memang kolot....sebab apa????...kedai aku takde online games, tak run 24 jam, yang jaga pun orang tua....ekkekekke....tapi adalah kerana apa?????.....sebab aku mahukan pelanggan yang datang ke kedai aku ni datang untuk mencari maklumat, bersosial di alam maya tanpa sebarang gangguan....tu memang impian aku sejak mula2 aku membuka perniagaan ni....dan alhamdulillah, setelah setahun setengah beroperasi...memang pelanggan2 yang macam ni la yang selalu memenuhi kedai aku nih....takde la sakit kepala aku melayan perangai orang yang pelik ragamnya.....!!!

Cuma aku mahukan orang mengubah persepsi dan imej yang teruk terhadap Cyber Cafe nih...jangan ada yang beranggapan kalo tempat2 macam ni pusat budak2 ponteng sekolah....tidak!!!....aku tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku kat tempat aku...aku cuba!!!!....sedangkan dua inspektor polis juga telah melakukan ujian rambang terhadap aku....eeerrrr....maksud aku ujian rambang kepada system pengawalan sistem cyber cafe aku (macam mana aku control segala mende, filter laman2 pornografi) dan mereka memang berpuas hati dengan cara pengawalan aku....takde satu pun yang aku nak sorok....buleh dikatakan aku cuba untuk menjadi usahawan yang berjaya dan bertaraf 'mithali' gitu....ekekkekekke!!!

Kepada makcik yang berdesibel tinggi tu, aku amat2 berharap...semoga lain kali agar dapat 'menangkap' anaknya bermain games supaya takde la dia 'menangkap' anak dia yang sedang melakukan kerja2 komputer (folio kajian tempatan) seperti yang udah terjadi tadi kat premis aku siang tadi.....memang kejadian tadi pada aku cukup memalukan!!!!!....menangkap anak yang sedang membuat kerja sekolah...buat kerja sekolah tu bukan la satu perkara yang salah, cuma ianya menjadi satu kesalahan besar kerana melakukan perkara tu di Cyber Cafe!!!!!......

Roll out!!!!




0

RIADAH DI TAMAN RIMBA

8 May 2010...aku mencari segala ruang pada hari itu untuk menonton filem Hollywood yang baru iaitu Ironman 2 di Teluk Permaisuri (Queensbay) ...dapat pulak midnight...(pasal tayangan lain semuanya fully booked!!!)...best pulak rasa...lagi pun ni adalah kali pertama aku dan isteri dapat menonton filem tara2 time macam tu...anak2..???...aku subcon kan kepada adik ipor aku, Ima...untuk menjaga Ira dan Yaihh dalam dua - tiga jam cumaaa....ehehhehehe....(hari ahad kamu pulak pergi tengok yer Ima, tiket aku beli siap2)...hehehhehe....

Balik2 dari menonton filem tu...aku dan isteri berkesempatan singgah sebentar di kedai nasi kandar 24 jam...dapatla melayan tea panas....dalam sembang2 ngantuk sambil2 menyuap roti canai kosong kedalam mulut aku tu...terpikior pulak aku ayat2 dalam kepala...''kesian pulak kat anak2...dah la kita tinggal deme.."....hehhehe....last2 tersuggest la kat wife....''ibu!!!..apa kata kita bawak deme mandi besok????....tapi tak sure la pulak nak gi mandi laut ke sungai ke...taman tema ke....ehehhehe....maka dengan konfiden yang amat sangat....wife pun cadangkan....''kita bawak gi mandi kat Teluk Bahang la bang....''....dengorkan ayat2 tu...aku pun setuju....manakan tidak...hampir 5 tahun aku dok kat Pulau Mutiara nih....mana ada aku bawak anak2 isteri aku jenjalan mandi laut ke sungai ke....hehehehe....jadi aku pun kompomkan tempat tu....ater mana lagi aku nak bawak???....air terjun Titi Kerawang jauh pulak dari orang....jadi apa2 kecemasan ke, jenuh pulak aku jadi tarzan kat situ....ekkekeke..."Teluk Bahang pun buleh laaaaa" kata aku (dengan nada bersemangat)....last2, roti pun salam, tea pun salam....balik2 rumah jer aku2 pun salam....(jam dah 4pagi dah....takbley tahan dah...kiki

Kami bertolak dari rumah betul2 lepas solat Zohor....berbekalkan susu anak, termos air dan tikar segulung...(kudap2 karang la beli...ehehhehe)...kami memulakan perjalanan dari Balik Pulau ke Teluk Bahang yang jauhnya kira2 dalam 14 kilometer...kalo ikutkan perjalanan tak de la jauh mana...tapi sebab bengkang bengkoknyer jalan tu membuatkan perjalanan tu agak perlahan...(bior lambat asal selamat yer dak???...)

Setelah hampir 25 minit menyusuri jalan yang berkemampuan untuk 'memuntahkan segala isi perut' tu...kami selamat tiba di Taman Rimba Teluk Bahang....pertama kali menjejakkan kaki kat sini....(tayar kereta tu selalu la jejak, pasal selalu jugak lalu depan taman tu....tapi haram tak singgah....ekkekek)....cantik jugak tempatnyer....(eerrr.....ada ke rimba yang tak cantik??)....hehheheh.....






"Taman Rimba Telok Bahang merupakan salah satu lokasi daripada 111 hutan lipur di Semenanjung Malaysia. Taman Rimba ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan merangkumi kawasan seluas 32 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kekal Telok Bahang seluas 873 hektar. Sungguhpun begitu, keluasan sebenar yang telah digunakan untuk tujuan rekreasi adalah merupakan keseluruhan kompartmen 2 iaitu seluas 117 hektar.

Penubuhan hutan lipur di dalam kawasan hutan simpan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai tempat rekreasi, eko-pelancongan dan untuk kesedaran masyarakat mengenai perhutanan.

Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk menjalankan aktiviti rekreasi seperti “jungle trekking”, berkhemah, bersantai, berenang dan sebagainya. Kemudahan seperti Dewan Annex dan Muzium Perhutanan turut disediakan untuk para pengunjung. Tidak ketinggalan, surau ada disediakan sebagai tempat untuk menunaikan solat serta menjalankan aktiviti - aktiviti berteraskan keagamaan dan ukhuwah"

Sumber : Portal Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

singgah2 jer dalam kawasan tu...dah terasa best dah...manakan tidak...bunyi unggas2 dan bunyi2 air yang menyusuri kawasan tu dah membuatkan eddie rasa nak terjun tak ingat anak2 dah...(walaupun tujuan asal nak bagi anak2 yang mandi dulu)....ehehhehe....dari jauh kelihatan sungai yang agak pelik pada permulaan penglihatan aku....beberapa bahagian sungai sudah diblok2kan dengan simen dan bertingkat2....waahhhhh!!!...best nih....kolam ada banyak....(macam la aku nak terjun semua kolam..ekkekekke)....

dapat 'port' yang cantik jer...aku terus jer turun kat salah satu dari kolam tu....(kan aku dah kata...anak2 keutamaan kan??....ekkekekke)...memang termendes....sujukkkk!!!....bukan nak mengkemudiankan anak2...masa tu deme baru nak salin2 uniform....tapi tu laa...ni first time bawak anak2 pergi mandi sungai....sejuk tu dah tentu....tahan ke deme???....terai rendam dulu lahhhh....



turun2 jer..perghh!!!...terasa kesejukan hingga membuatkan diri ini rasa nak berendam lama2...siap jer anak2 dengan persalinan...apa lagik...kurendamkan dua2 beradik ni ke dalam sungai....dengan Maksu2 sekali terjun...tapi tu laa...ada Maksu dia nih...dia pulak yang teruja lebih....serata kolam dia ronda...(dah lama tak mandi katanya...hahahhah)...tapi seperti yang udah dijangka...anak2 tak berendam lama...mungkin sejuk kot...padahal jam baru tunjuk pukul 2.45petang...last2 deme duduk jer atas batu tu sambil kaki menendang2 air...asal korang mau dok diam...udah laaaa....kikiki....

setelah hampir dua jam bersantai di sungai dengan anak2...(tak buleh lama sangat, karang ada yang demam nanti, tak anak aku...aku yang demam) ...kami pun memilih untuk beransur dari Taman Rimba nih...bukan hape...ada lagi urusan yang perlu aku selesaikan di Bayan Baru...rasa macam tak puas la pulak....mungkin lain2 kali kot!!!...(entah bilernyer entah la...ehehe)

tapi memang aku akui...taman ni luas...cuma tak berkesempatan untuk menjelajah sepenuhnya...ada taman kura2 la...muzium perhutanan la...bawak kamera pun dapat la snap dalam 7-8 keping gambor...bateri pulak kong!!!...tu yang kurang gambor dalam nih...adehhhh....tapi insyaAllah di kesempatan lain...akan aku sekeluarga kembali lagi ke taman nih...nak snap gambor banyak2...ahhahaha!!!...best jugak aktiviti tu!!!!....layan tiap2 minggu pun buleh nih....ehehehhe...

roll out!!!

p/s - besok2 upload gambor lain...memory card camera tertinggal kat rumah...heeeeeee

0

KERALITAN AKU

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung karya agung...setelah berbulan2 bersawang...akhirnya ada jugak satu perkara yang ingin aku kongsikan bersama2 pembaca2 sekalian....(lepas post ni bersawang balik la blog aku nih)....hehehhehehe

PC games!!!!...apa yang anda tau tentang games...????...for sure dah tentu la permainan video yer dak....untuk pengetahuan anda...aku memang suka PC atau PS2 games....betul2 roll out pada diri aku nih...aku telah menjadikan games ni sebagai salah satu cara untuk aku menghiburkan hati aku...(hati korang aku tak tau la)....ekekekkeke.....dalam masa aku menjaga kedai aku yang 'priceless' nih...terus terang aku katakan...kat pc aku sendiri memang takde game....(bukan apa, takut aku ralit dari bekerja jer)...kalo aku nak main pun masa ada partner jaga kaunter kedai....buleh la aku 'perah' game ni kat salah satu PC client aku...ahahha...dan perkara penting yang aku ingin kongsikan adalah...Battlefield Bad Company 2....bukan padang yang nak dipromosikan...tapi game baru yang sedang aku layan sekarang nih....




Perisian permainan ini baru dilancarkan pada 2 mac 2010...dan pada2 gamers yang menyukai game yang berpaksikan 'shooting'...anda memang direkemen habess untuk merasai pengalaman peperangan yang sebenar didalam Battlefield Bad Company 2 nih.....termasuk lah aku!!!...muekkekekke....

roll out!!!

2

KEJAMKU KEPADA NADIA

Setelah berjuang dalam ertikata bertungkus lumus selama hampir 3 minggu...akhirnya kedai haku dah kembali beroperasi seperti mula2 ianya dibuka pada tanggal 16 Disember 2008...mana taknya, banyak yang bermasalah akibat serangan virus komputer yang bernama Nadia Safira tu...nama best, tapi tu la...menambahkan kerja jer jadinya...sound tak buleh pakai la, printer spooler ilang la...adehh, sesak aku dibuatnyer bila customer dok bertanya...yang paling tak best tu, penyakit2 ni mari serentak kat kebanyakan PC haku...maunya aku tak senak, menghidupkan kembali seketui PC pun mau makan masa dekat 5 jam (Format dan install balik software2 dalam tu)...semua ada 24 unit...sorang2 lagik...mau buntang mata haku nengok skrin PC ni jer....dalam dok berkira2 tu...kena pulak mari semangat yang tiba2 datang entah dari mana...dan berbekalkan bantuan co-workers haku dan jugak wife aku...aku mengambil keputusan nekad...FORMAT SEMUA JER LAAHHH!!!...(sajer jer aku besorkan font tu sebab nak ngaborkan yang aku betui2 seriyes nak memusnahkan virus komputer yang bertahap tutttt nih...!!!...)...muhahhahahah!!!....jadi bergasaklah aku dan co-workers aku ni dalam usaha untuk mengembalikan spooler dan jugak sound pada kesemua PC2 yang aku cintai nih...!!!

gasak punya gasak, sampai tertido2 terlangkup berbantalkan siku kat atas meja...dengan izinNya, alhamdulillah, segala kerja yang dirancang menjadi dengan selamat...tanggal 12 Febuari 2010, selesai tugas haku dalam memperbaiki kembali performance PC2 aku nih...segala2nya udah kembali kepada biasa...cuma aku kena lebih alert dalam memantau keadaan PC...at least takde la kena kadap semua sekaligus macam yang aku kena baru2 nih...jemmed abess urat mata aku...siap dok stay back kat kedai jer...mana buleh jadi beb....anak bini pun nak kena jenguk2 jugak memalam nih...muekkekekeke!!!...sekarang ni aku amik pendekatan yang simple as a pimple...ada satu jer yang problem, aku terus format tanpa rasa prejudis...(info tambahan : virus ni juga menghalang kita dari memasukkan kembali file2 spooler dan jugak apa saja bacaan dari sebarang drive...)...tu yang masalah tu...nak tak nak, kena la reformat balik supaya ia kembali bertugas dengan jayanya....

dan hari ni setakat 17 Febuari 2010...alhamdulillah, semua masih selamat sihat dan kembali bertugas seperti biasa.....seperti biasa aku akan terus bersosial di fesbuk, dan aku akan terus menunggu...tertunggu...waiting....sekiranya che Nadia datang kembali lagi merenyeh kat komputer haku.....dan sambil mengharapkan yang 'kegatalan' Nadia tu udah berakhir.........

Roll out!!!

0

KEGEMBIRAAN ANAKANDA KU

Diam tak diam...anak2 aku dah dua orang dah...rasa baru lagi aku bersanding kat Silveritage Galleria, Medan Gopeng itu hari....rupa2nya dah empat tahun dah aku berkahwin...anak2 pun dah berumur 3 tahun dan setahun....cepat sungguh la masa berlalu...jangan la sebut pasal umur...tahun ni genap aku menukorkan nombor pangkal daripada angka 2 kepada 3...!!!....

Dalam aku menyelongkor media gallery dalam henpon aku nih...terjumpa la pulak rakaman yang aku buat baru2 ni sewaktu aku dan family aku singgah ke Tesco Sg Dua, Penang...tempat anak2 aku selalu 'hangout'...bukan kerana apa...kat Penang ni susah benor aku nak jumpa taman yang agak selamat untuk kanak2 bermain...ada pun kat area Goergetown...jauh la pulak kalo aku nak bawak deme2 ni ke sana....bawak gi Tesco senang...lepaskan deme kat kawasan playground...aku pun buleh gi beli2 barang....beli tak banyak mana...makan jer yang lebih...sebab dekat dengan kawasan food court...ehehhehehe...sampai ler ke hari nih...asal keluar naik kereta semua jer mesti si kakak ajak gi Tesco....eehehhehe.....cuma satu je yang menyenangkan aku...dia senang diajak balik....janji bagi dia main puas2 kat situ...tak payah buh token pun takpe...asalkan dia dapat panjat turun mende alah tu....ehehhehehe.....

0

TAG DARI TIJAH

Hari ni ada rasa keboringan tahap 'sederhana'...rasa nak wat mende pun ada la rasa M4L45 kuat giler didalam diri.....kih kih kih!!!....alih2 ada 'tag' yang telah dikirimkan di angin lalu...buat Che Katijah Ibrahim (bukan penyanyi evergreen tu...hehhehe).....kirimanmu itu, eddie sambut dengan penuh rasa kacaknyer..mukekekkekekke!!!!


Nama timangan anda????
- Eddie
- Nyah (gelaran dalam keluarga)
- Manja (masa kerja kat Perak Hanjoong Simen, Kuala Kangsar)
- Abg Dozo (sewaktu bersekolah di Vokasional Kuala Kangsar 1995/96)
- Abg Kembor (gelaran yang diberikan oleh Cindersoya dalam fesbuk)
- My Kapten (Suhana Ramli gelar dalam FB...nak tau detail add dia pastu tanya sendiri...hehehhehe)


Anda seorang yang????
- Meminati gajet2 elektronik
- Berani (berkhatan dalam usia muda...8 tahun....terer tak????..hehhee)
- Suka mencuba perkara2 baru
- Menggilai laman web sosial Facebook (tak cayer tanya kawan2 eddie dalam fesbuk tu...hehhehe)
- Agak tegas (tegas la sangat!!!!...ekekkekek)


Insan yang teristimewa????
- Seluruh keluarga...terutamanya Abah dan Che....
- Isteri yang dikasihi, Nuryusliha Hamzah dan anakanda2 ku...Zahirah Azlia dan Zaiff Azzuddin
- Seluruh sahabat2 sekalian yang mengenali diri ini.....


Lagu kesukaan anda????
- Che Mek Molek ( Dato' M. Daud Kilau)
- Dergoyan dah berbunge (Mr Os)
- Berita kepada Kawan (Abiet G. Ade)
- Lagu awuk-awuk (Zahirah Azlia...hhehehe)


Makanan kesukaan????
- Semua jenis nasi yang digorengkan di dalam kuali....ekekkekekke!!!


Sikap yang buat saya stress????
- Penipu a.k.a. sembang deras
- Sembang 'lebat' a.k.a macam bagus
- orang yang bersikap suka menutup kebenaran a.k.a apah pun idak!!!!!
- Orang yang suka berbuat bising tanpa sebab...


Warna kesukaan????
- Biru, Hijau, Hitam, Putih dan Kuning


Pueh hati Tijah??????...hehehhehehe....

Roll out!!!!!!


0

APAKAN DAYA, DIA KETERLUPAAN

Hari ni lewat jugak aku bukak kedai...dari lepas subuh sampai la dekat jam 12 tengahari....lena baik pulak tu, dah la kat luar hujan turun mencurah-curah....kebetulan pula aku agak kurang tidur dalam sehari dua nih...memang roll out...roll out sungguh!!!....siap mimpi yang aku tukar kedai, kena marah dengan wife pasal gatai tukar kedai...dah nama pun mimpi...bukan buleh aku ejas cerita dia tu....gasak je la...sedo2 dah kul 11 pagi....hahhahaha....sah aku terlewat...ekekekeke

Tiba kat kedai, macam biasa la...aku layan dulu fesbuk...teman setia aku masa aku bertugas....dalam aku leka melayan gelak dalam fesbuk...ada satu customer masuk...gaya agak hensem...meminta tolong agar aku mengimbas kad pengenalannya...''bang, scan buleh tak????....pastu antar kat rumah saya yer''...katanya....terkedu aku kejap...ingat aku ni posmen ke??...getus hati aku......''antar rumah????...cam mana tu????....guna email ke????...."..tanya aku kembali...dengan selambanya dia balas...''yer la''...isk!!!.....cakap la bagi perabih.....dah la aku dok mamun2 lagi masa tu...hehehheheh.....gasak je la....dah pelanggan...aku turutkan je la...hehehhe...
Setelah dokumen dia aku siap imbas aku pun nak send la kat email dia...dia kata jangan...disuruhnya pakai email dia terus tanpa was-was...senang katanya....aku pun mintak le dia bukakan email dia kat pc aku....dengan rasa konfiden yang amat sangat...dia pun cuba buka...tak buleh pulak....kali kedua, tak buleh lagik....sampai la kali ke empat...masih lagi tak berbuka.....dengan gaya nak kaver2 dia pun kata...''cuba pakai email saya yang lagi satu...saya ada banyak email''....dicubanya lagi...masih tak berbuka jugak....aisehhh!!!!...dia lupa password pulak dah.....''selalu ke bukak email ni????''...tanya aku sebagai nak kurangkan gelabah pelik dia tu.....dia kata hari2 bukak.....haa sudah!!!!...ilang ingatan kejap ke mamat nih???...hehehehe....sampai la dia pergi ke keyboard kat pc client aku yang lain sambil menekan2 butang keyboard tu....nak refresh memori gamaknyer.....agak aku la...aku biarkan saja.....janji ko buleh ingat sudah....ekekkekekekkeke....dan akhirnya dia mengalah dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sebentar....

Dalam sejam lepas tu, dia mari balik kedai aku...katanya dia dah ingat dah...siap bawak satu kertas berlipat....makk aiii..!!!!....berderet email address dia....punyala banyak....siap ada password lagi diletaknyer.....tapi yang kelakor tu....semua email dia guna password yang sama....macam mana dia buleh lupa...hehehhehehhe....letih naik tangga aku tadi gamaknyer.....letih sampai terlupa habesss semua mende....ekekkekekeke.....

Kisah yang aku kongsi ni bukanlah untuk kita tertawa memalukan beliau...ini hanyalah antara secebis pengalaman aku berurusan dengan pelanggan yang bermacam ragam....cuma kadang2 kita kena renung kembali kat diri kita....satu perkara yang kita perlu fikir....iaitu....BUAT EMAIL BANYAK2 NAK WAT MENDE??????????.....ekkekekekeeke

Roll out!!!!
1

KERANA TERKURANG AKU REBAH

Tanggal 4hb Oktober 2009...telah mengabadikan satu kenangan yang baru dalam hidup aku....dimana aku telah 'tumbang' tak semena2 sewaktu baru bangun dari tidur...dek kerana jatuhnya aku yang mana telah kehilangan graviti itu telah mengakibatkan sebuah raga kain baju kat rumah aku tu pecah!!!...apakan daya...heran jugak aku...bukan pasal pecahnya raga tu..tapi kenapa aku jatuh tiba2 nih...????...sewaktu aku cuba untuk bangun dirasakan kesakitan yang agak perit dia kedua2 otot bahagian paha ku...hhmmm...aku syak takde ape2 la...sebab agak selalu jugak aku agak stress dibahagian tu...terus ku singgah ke depan sofa dan duduk seperti biasa...tapi hati berbisik rasa macam ada sesuatu...ni dah ada rasa lain macam je nih...aku bangun kembali dan cuba berjalan untuk cuba ke bilik air...aku berjaya tetapi ada terasa kekurangan sedikit pada langkah2 yang aku tuturkan...kembalinya aku ke ruang tamu dan tiba2 nah!!!...aku terjatuh lagi...!!!...

Mau tak mau...aku rehat je la kat atas sofa tu...dengan hanya usaha menelan ubat aku lalui hari tu dengan penuh kepayahan...nak lipat kaki tak buleh, nak angkat kaki pun tak buleh...memang kira 'fail' la semua keupayaan kaki aku...yang aku cuma buleh buat hanyalah menggerakkan jari kaki aku sahaja...memang tak roll out...keadaan berlanjutan sehinggalah pada hari besoknya...cemas jugak aku....tapi aku masih berdoa yang keadaan kaki aku akan pulih seperti sedia kala....paling cepat besok....hehhehehe

5hb Oktober 2009...keadaan aku masih macam tu...kali ni aku dapat rasakan semakin teruk...dah menangkap sendi tangan dan bahu pulak....aiseh!!! ni dah kira makin teruk nih....dalam jam 8.30malam...aku gagahkan segala kudrat kali ni bersama2 dengan biras aku yang ada kat Balik Pulau nih untuk hadir juga ke Jabatan Kecemasan Hospital Balik Pulau untuk mendapatkan rawatan...apa yang aku dapat hanyalah satu suntikan ubat penahan sakit dan jugak pil makan...dijanjikan pada aku yang selepas 20 minit aku akan berasa lega dan buleh berjalan kembali kepada biasa...apa lagik...kasi injek je lah....hehehhehehe

20 minit berlalu, 2 jam berlalu...aku masih seperti tadi....hinggalah penantian aku selama 20 jam, malangnya aku masih seperti tadi...gagal untuk menggerakkan anggota kaki...kecewa pulak aku dengan layanan kat Hospital tu...termenung aku dibuatnya...setelah perbincangan dilakukan bersama2 isteri dan jugak keluarga adik ipar aku....kami memutuskan agar aku dihantar pulang ke kampung untuk mendapatkan rawatan...aku bersetuju sahaja dengan segala keputusan...apakan daya, letih pulak rasa kepala otak nih...dah la tak buleh jalan...nak mandi pun payah, buang air apatah lagi...rasa 'seksa' sangat dengan dugaan yang diturunkan kepada aku nih...redha je la...

6hb Oktober 2009...aku masih mengharapkan yang ubat yang di suntik ke dalam badan aku akan membuahkan hasil...tapi lain yang aku harap lain pulak yang jadi...aku tiada kudrat langsung untuk bangun ke atas katil dan sofa...ni dah lagi teruk nih...macam mana aku nak balik kampung nih???...satu bende pun aku tak buleh buat...kehadiran adik ipar aku pagi tu telah membuahkan satu lagi idea...''apa kata kita singgah dulu kat Hospital Tanjung???''...sambil merujuk kepada Hospital Besar Pulau Pinang....dan kali ni aku menambah..''kalo gi sana ok jugak tu...mintak2 buleh kena masuk wad...buleh la tau apa sakitnya nih''....setelah keputusan terkini diterima aku pun dibawa terus ke Georgertown...bertemankan isteri dan biras lelaki aku....

Setelah ujian dijalankan di bahagian Jabatan Pesakit Luar HBPP, aku telah diputuskan untuk 'menginap' kat wad untuk ujian susulan...aku dah jangka yang aku akan ditahan wad...bagus jugak tu...tak larat dah rasa nak mengesot kat rumah...dah rasa macam siput la pulak...ekekekekke....aku diletakkan di ward C6 Unit Neurologi....bermulalah pengalaman pertama aku kat dalam wad....nasib baik isteri aku mau temankan...hehhehehe...manakan tidak????...nak buang air kecil pun susah, dapat la dia bantu sket2...hehhehe...hari pertama aku dimulakan dengan satu proses yang antara yang aku tak gemor iaitu....proses mengambil sampel darah....mukekkeke!!!!

7hb Oktober 2009 - pagi yang ceria dapat aku rasakan...tidur cukup, wife aku pun cukup tidurnya...dibantainya tidor kat katil kosong sebelah aku....hehhehehe....perkara pertama yang wife aku nak buat adalah nak dilapkan badan aku nih...yer la, nak bangun pun rasa nak tercabut otot peha...tapi aku berkata pada wife aku..''ibu, jap yer...abah nak try turun katil dulu''....dengan segala kepayahan dan trauma...aku cuba untuk turun dan berdiri...ahaaa!!!...berdiri dah sukses dah...cuma tinggal nak bergerak jer....dengan langkah yang amat kecil aku cuba menapak....dan terus menapak....alhamdulillah....aku dah buleh berjalan kembali....hehehhehhe....setelah aku 'tawaf' katil aku dalam 2 round...aku dah semakin yakin yang aku dah sembuh...syukur...ku capai tuala...terus aku katakan pada wife aku yang aku nak terus mandi di bilik air...rimas rasa asyik2 lap badan saja....hehhehehe....memang best!!!!!.....dalam sejam kemudian doktor hadir kekatilku dan menerangkan yang aku sudah kekurangan nilai sesuatu dalam darahku...iaitu potassium...bacaan menunjukkan hanya ada 2.9 (unit aku tak ingat)....dan aku di'perintah'kan agar berehat lagi di dalam wad untuk satu malam lagi...katanya nak melihat perkembangan dan kehadiran potassium dalam badan aku sendiri...darah aku diambil lagi sekali untuk ujian....redha je la...janji sehat...ekekekkeke...cuma yang aku tak gemor kat sini adalah semasa proses pengambilan darah...dia balun kat tempat yang sama dengan semalam.....gila sakit...hehhhehehe......redha je lagik.....apakan daya....

8 Oktober 2009 - Pagi yang makin menceriakan...segala gerakan aku semakin yakin...ujian saraf dan fizikal aku pagi tu semakin menunjukkan yang aku semakin pulih...bacaan bagi kandungan potassium aku dah semakin meningkat....dari 2.9 kepada 3.2....(sepatutnya berada dalam julat 3.5 keatas)....syukur...dan aku mengharapkan yang aku akan dapat discharge hari nih....memandangkan 3.2 tu masih di bawah paras...aku rasa harapan aku semakin tipis untuk keluar hari tu...tetapi setelah lawatan sepasukan pakar ke katilku (6 Orang)...mereka memutuskan yang aku buleh dikeluarkan dari wad...atas alasan yang aku sedang mengalami 'spontaneous recovery'....alhamdulillah....baguih dok ada....dalam sedang nak berkemas2 untuk pulan tu..tiba2 aku didatangi sekumpulan 3 orang berpakaian persis sebagai seorang doktor dan terus mereka memberi salam...menyatakan yang mereka adalah pelajar dari kolej perubatan yang berhampiran...dimana hari tu mereka akan melalui satu ujian dari kolej untuk menganalisa seorang pesakit....mereka meminta izin untuk 'menemuramah' aku untuk membantu ujian mereka itu....dengan rasa berlapang dada...aku bersetuju....hati nak discharge sangat dah...tetapi demi untuk membantu pelajar2 tu aku tangguhkan untuk keluar dalam 2 jam....dan akhirnya salah seorang dari pelajar itu...bakal doktor, Nur Liyana memilih aku untuk ditemuramah dan dia melakukan ujian fizikal terhadap aku....ada la dalam sejam aku ditemuramah...dan sempat juga membentangkan laporan temuramah tadi bersama2 dengan Doktor yang bertugas dalam kes aku....segala2nya dilakukan di katil aku....gasak la Liyana...jangan tak lulus sudah....hehhehehhe......

13 Oktober 2009 - aku sudah bertugas seperti biasa...rumah memang dah ada standby pisang untuk aku jadikan supplement....apa2 pun aku amat bersyukur dengan keadaan aku sekarang...kesyukuran tu juga aku kreditkan dimasa waktu aku terlantar haritu....pada aku segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya....buat Dr Rajesh Kumar, Dr Teoh Tze Yong dan juga Dr Prashant...sekalung ucapan terima kasih yang dapat aku berikan kepada mereka....kesabaran, ketenangan dan tahap profesional mereka dalam menggalas tugas merawat aku...amat aku hargai....tak lupa juga kepada semua jururawat yang bertugas dalam ward C6 tempoh hari....terima kasih banyak2....

Buat uncle Ng Choong Choo, 70....merangkap 'jiran' katil ku...diharapkan agar uncle akan sentiasa tabah dan sabar dalam menjalani rawatan di sana....selamat sihat uncle....
(Info : Uncle ni mengidap penyakit 'Stroke Diabetis'...dia dah terbaring di atas katil selama satu tahun....dia adalah antara orang yang mengambil berat tentang kesihatan eddie selama eddie kat sana...)

Roll out..!!!!



 
Copyright © SEBUAH KARYA AGUNG