0

TERKELENYUK KE???....KOMPOM!!!

12 jam yang lalu...aku seperti biasa bertugas kat kedai...cuaca pun mendung kat luor...'mandom' tu jangan cerita la, memang ber'mandom2' rasanya...ada customer pun sorang jer la time tu, buat printing...tiba2 lagu MP3 'Through My Window dendangan Bunkface berkumandang...maknanya ada incoming call kat handset aku...terpapar nombor pengasuh aku, biasanya deme nak inform yang 'bekalan tenaga' anak aku kat rumah deme (Susu Tepung) nak habis...tapi lain pulak nada pengasuh anak aku kali ni...rupanya deme nak inform yang dia baru balik dari hospital kerana ditimpa kemalangan motor...adoihhh!!!...''kena kat mana Maksu???...teruk ke'???...''....tanya aku risau...''...Maksu eksiden motor dengan Syaza (anak Sulung Maksu) betui2 depan Masjid Daerah...terlanggor apek sayor yang naik beca roda tiga tu...''....dari gaya penceritaan Maksu yang seterusnya nyata perbuatan apek tu yang telah memungkinkan kemalangan ni berlaku...apa nak kata lagi dah, perkara tu dah ditakdirkan untuk terjadi....''lagi satu Maksu nak mintak tolong kat Eddie la, ni Ira dan Zaiff kena amik bawak balik...Maksu retak kat pergelangan tangan...Syaza pulak tergeliat tangan...tak buleh nampaknyer nak manage bebudak ni....nak angkat pun susah...''....uishh!!...teruk jugak tu....''okeh2 Maksu....eddie letak tepun sat yer.....eddie nak bincang dengan Yus dulu..''....

setelah berbincang dengan orang rumah aku (time tu dia tengah busy menjalankan tanggungjawab untuk menghias serba serbi kat dewan Kolej tempat dia mengajor (AJK hiasan tuuuuu), untuk majlis Jamuan Hari Raya kolej pada hari ni (sewaktu post ini dititipkan)...aku pun buat keputusan untuk mengambil anak2 dari pengasuh...memandangkan kebetulan pelanggan pun takde kat kedai time tu, jadi mudah la aku nak tutup kedai pada hari tu...Emergency Leave angkat mari!!!!....

Masa post ni sedang di cipta...jarak masa 12 jam sudah pun berselang...anak2 aku Zahirah Azlia dan Zaiff Azzuddin sudah pun berada di rumah To'ki deme kat Kemunting, Taiping...nak taknak aku terpaksa hantor kesana....kedai aku kena run, orang rumah pulak tak buleh amik cuti lantaran kena jalankan kelas2 pembelajaran untuk sutdent2 dia....kepada To'ki dan Opah la yang yang buleh kami harapkan...kebetulan adik perempuan aku ada kat rumah tu jugak....buleh la dia tengok2 kan anak2 aku tu....(komer jangan buat hei yer kat rumah To'ki tu)...eheksss!!!...

pulangnya aku ke rumah malam nanti...aku bakal pasti akan berhadapan dengan situasi yang amat 'janggal' pada diri aku...rumah tak berselerak dengan barang2 mainan, suasana pasti akan senyap sunyi tanpa bunyi2 'manja dan nakal' untuk dibancuhkan susu...tiada lagi permintaan untuk bermain bersama dengan mereka...entahla...pasti akan pelik nanti....semua ni aku kena lalui untuk tempoh masa dua minggu lagi...kami betul2 tiada pilihan.....Ira dan Yaihh, abah rindukan 'RIUH DAN CELOTEH' komer dua...sapa nak teman abah buang sampah???....muhahhahahaha......komer tenang2 aja yer,lagi dua minggu abah dengan ibu amik ....!!!!!

p/s : tak dilupakan juga ucapan khas untuk Abah, Che serta Ella, terima kasih sangat2....!!!!

roll out!!!!
0

MENYAMBUNG HASRAT (Episod Akhir)

Cara permakanan Crayfish ni adalah antara yang termudah...sampai ada yang berkata didalam ruangan forum internet, nak membela dan menjaga Crayfish adalah lebih mudah dari menjaga ikan keli...(ikan keli pun senang ape!!)...Crayfish adalah datang daripada keluarga Omnivor...yang mana ia mampu memakan tumbuh-tumbuhan, haiwan2 kecil (udang) serta organisma yang wujud didalam air akuarium tersebut...kismis, karot, isi udang / ayam...memang menjadi kegemaran Crayfish...(takat ni aku bagi flake food jer, makanan ikan yang mempunyai kandungan ikan, udang, alga dan spirulina)...tu pun best jer dia hentam...ehehhe!!!

Crayfish ni adalah spesies yang 'kedekut'...kedekut dalam erti kata tak buleh nak berkongsi2 kawasan...tu pasal hajat aku nak menambah seekor lagi crayfish telah aku tangguhkan buat seketika (post terdahulu)...mengikut info, sekiranya akuarium kita mempunyai kapasiti 90 gelen atau lebih, baru la 'afdhal' untuk meletakkan lebih dari seekor Crayfish dalam tangki tersebut...dikhuatiri akan berlakunya episod 'pertumpahan darah' antara Crayfish2 tersebut...(bagus!!!...mempertahankan hak, i like!!!)...dan sekiranya tangki akuarium kita dasarnya berasaskan pasir2 halus...jangan terkejut la kalau2 pagi nanti, kita pun muka dok sememeh lagi baru bangun tido, dah timbul2 gua2 dan suasana baru yang akan wujud dalam tangki tersebut....sikapnya suka menyorok yang memungkinkan aktiviti2 'perlombongan pasir haram' tersebut akan berlaku...ehehhehe!!!...dan kalau ada batang2 paip PVC saiz2 badan udang ni pun buleh dibuat tempat persembunyian...kerat dalam 2-3 inci...tabur dalam tangki...tapi si Crayfish ni suka buat terkejut (dalam ertikata lain, errr....menerkam)...dah la Silver Shark aku tu ada yang saiz2 sederhana kecil...kang tak pasal2 'sakit jantung' pulak bila kena sergah dengan Crayfish aku tu...kunun2 nak mencari makan kat hujung batang PVC, alih2 muncung2 ikan abess kena kepit dengan penyepit besor dia tu....

Okeh...Bilamana dikatakan dia juga adalah antara pemburu terhebat (rasanya laa)...jelas dibuktikan didalam video yang aku lampirkan dibawah...jadi pada penggemar2 ikan emas ataupun ikan minnows!!!....jangan la letak Crayfish sekali dengan ikan2 anda...pasti akan berkurang bilangan ikan2 ada itu...ehehhehe!!!...even pada hari pertama Crayfish aku menginap dalam tangki, aku letakkan la udang2 hidup kecil kunun2 untuk buat brekfast, lunch dan dinner si udang kara sekor tu...alih2 tu pun 'salam hormat' dibuatnya dalam masa sehari jer...(ni mesti Silver Shark aku tu tumpang seinsang!!!...)...muhahahaha!!!




Kiranya minat aku terhadap Crayfish ni amatlah baru...sedang terhegeh2 lagi...tapi dalam pada tu mungkin aku buleh jadikan ia sebagai salah satu cabang ilmu untuk aku pelajari (asyik2 elektronic gadget jer)...bukan sekadar terhad kepada Crayfish sahaja...malahan kepada semua spesies ikan2 hiasan...kerana ia memang menjadi minat aku sejak dari dulu lagi...cuma masa, keadaan saja yang tak mengizinkan...mungkin kalau 'eksperimen' aku terhadap Crayfish ni dilabelkan berjaya...berkemungkinan aku akan lebih2 'serius' untuk menambah ahli2 Crayfish didalam rumah aku...(maknanya kena tambah akuarium + adjust ruang rumah + berlakunya peningkatan bil elektrik + kena bebel dengan wife aku)...ahhahaha!!!....

roll out!!!


0

MENYAMBUNG HASRAT (Episod 2)

Sejak aku memiliki seekor freshwater lobster ni...(atau lebih dikenali dengan nama Crayfish, Crawfish, Crawdad)...aku semakin rajin untuk mengetahui hal ehwal akuarium aku tu...balik2 kerja jer terus aku perhatikan dan mengira 'penduduk2 bernyawa' yang ada kat dalam tu...mana tau kan kot2 dah semakin kurang yang mana aku sendiri yang tak perasan...ini berikutan kajian yang telah aku lakukan melalui 'Pokchek Google'...banyak info2 baru yang aku pelajari berkaitan dengan penjagaan Crayfish ni (saya budak baru belajar)...antaranya sifat, cara pemakanan, kehidupan dan sebagainya...dalam post ini, aku akan ceritakan serba sedikit berkenaan tentang sifat dan cara kehidupan si Crayfish ni....

Setelah diamati dan dilakukan sedikit penyelidikan baik dari kedai ikan hiasan mahupun dari data internet...baru aku tau yang aku kini memiliki seekor Crayfish yang berasal dari Australia...Redclaw Crafish...atau dengan nama binomialnya Cherax Quadricarinatus...berkemampuan untuk membesar sehingga mempunya keberatan 600g ataupun 21 Oz...(sekarang ni tak tau la berapa beratnya...masa baru beli hari tu tak sempat timbang la pulak...ehhehe)



antara 'perangai' Crayfish ni (tak kira la spesies apa pun, pasal dalam dunia ni ada 150 spesies)...adalah 'beliau' adalah sejenis yang pemalu...kalau dalam akuarium tu pun dia akan berusaha untuk menyembunyikan diri tak kisah la dicelah2 driftwood ataupun dicelah2 filter pump...kejap2 jer dia keluar menampakkan diri...ia juga adalah antara spesies binatang yang bersifat Nocturnal...iaitu agressif di waktu malam berbanding siang...juga tidak dilupakan beliau adalah salah satu daripada pemburu atau pemangsa yang baik...(mula2 macam tak percaya)...tapi setelah diamati video2 yang ada didalam 'Tiub Kamu' dan juga pemerhatian secara langsung dan original via akuarium aku, memang diakui...dia memang pantas...(mujur ikan2 Silver Shark aku ni adalah dari jenis2 yang agak cergas berenang, kalo tak dapat makan free jer la si Crayfish aku tu)...

kalo diamati post aku yang terdahulu...MENYAMBUNG HASRAT...ada diberitahu yang aku amat risaukan Crayfish aku ni suka memanjat...rupa2nya memang dia memang jenis rupa tu...akan cuba memanjat untuk keluar dari air...selagi buleh semua wayar2 hos dan kabel dia nak kepit...(nak buat aktiviti sun bath kot!!!...hehehe)...yang aku ni risau la kot2 dia akan mati kekurangan sumber pernafasan nanti masa kat permukaan, tapi mengikut fakta dia boleh bertahan sehingga beberapa jam (tak tau la berapa jam)...tapi for sure perbuatan dia tu adalah tidak BAIK untuk dirinya sendiri...(kompom padam punya!!)...lantaran tu, segala lubang yang ada kat tudung akuarium aku (yang mempunyai potensi untuk dia bolos...etc : lubang water hose pump, power supply cable untuk filter pump dan water heater) telah aku tutup...risau jugak kalau2 dia keluar...dia takkan mati kerana kurang oksigen...takut2 dia mati menemui ajal akibat terjatuh dari akuarium yang tinggi dari lantai....eheksssss!!!...


Redclaw crayfish (Cherax Quadricarinatus)



p/s - hajat di hati nak tambah lagi sekor dalam akuarium aku petang ni....tapi tak buleh la pulakkk!!!....kenapa????....nantikan alkisahnya dalam MENYAMBUNG HASRAT (Episod Akhir).....

roll out!!!





0

MENYAMBUNG HASRAT

Episod perpindahan aku ke rumah baru (rumah sewa jer), telah menghadirkan idea baru yang dah lama terperap (lepas kematian ikan2 hiasanku secara besar besaran pada akhir tahun 2008)...akuarium yang dah lama terbiar sepi, ingin aku membawakan kembali sinar2 zaman kegemilangannya yang dulu (ada la dalam setahun yang sudah, pasal cerdik sangat...time cuci akuarium dibantainya cuci abess satu akuarium...batu kasi basuh abess, ayor tukor satu akuarium...pendek kata memang nak bagi bersih suci balik laaa...padahal tu semua adalah faktor utama yang membuatkan semua ikan2 aku dulu terapung di permukaan ayor...tapi sekarang tidak lagi!!!...dah cerdik lagi sket...tukor ayor pun 1/3 dari ketinggian akuarium...hehhehe)...biler dah pindah tu kena la cuci akuarium tu segala bagai...letak2 jer akuarium tu kat rumah, tetiba rasa kosong pulak....dengan semangat yang membara...yaa!!!...akuariumku harus aku perisikan semula dengan ikan2, udang2, ketam2...(yer la sangat) agar hidup akuariumku kembali ceria....rumah sewa baru mesti kelihatan ceria!!!....ahhahaha!!!

dengan bermodalkan 38hengget (barang2 asas semua elok lagi, just top up2 sket jer peralatan )...akuarium aku kembali cantik 'bernyawa'...dengan kali ni aku nekad hanya mahu meletakkan ikan hiasan yang bersaiz besor2 sahaja (yang kecik2 ni macam guppy semua bagai ni manja sangat....letih nak jaga)...hanya dengan perkiraan matematik yang mudah dan bermodalkan isi dompet dengan kadar RM2 seekor...10 ikan Silver Shark atau dengan nama binomialnya Balantiocheilos melanopterus telah aku letakkan didalam akuarium tersebut...di samping dua ekor ikan 'Majlis Perbandaran' atau dengan nama saintifiknya Ancistrus...tak perlu ikan yang terlalu banyak kerana akuarium aku cuma bersaiz 3 kaki panjang sahaja...pump motor, batu-batuan, suction filter pump motor, ferris wheel (untuk mengembirakan ikan) semua masih dalam keadaan yang baik...cuma memerlukan sedikit saja sentuhan (konon) untuk menghias keadaan dalaman akuarium aku ni lantas aku telah menambah dua tongkol kayu bakau (RM5 setiap satu) untuk menampakkan yang akuarium aku ni betul2 'hidup' dan ceria...kalau ceria, ikan2 mesti ceria kan???...(konon lagi)...ehhehehehhe!!...bagi makan pun takde la macam dulu...bagi sekali sehari jer sudah...dulu jer asal time aku makan, ikan2 tu pun aku bagi makan...last2 ada yang mati kekenyangan....ikan gapi aku semua perutnya keras kebuncitan...dan setelah dikaji2....baru tau rupanya yang ikan ni tak buleh makan banyak kali...deme takkan mati pasal tak makan, cuma deme akan mati kalo banyak makan....baru tau!!!!....ehehhehe

Setelah sebulan berlalu, semua ikan2 aku hidup dengan cerianya didalam akuarium tersebut...sisik Shark semakin berkilat...hinggalah pada bulan ramadhan yang baru berlalu, tragedi lama kembali berulang, dimana kedua2 ekor ikan perbandaran aku telah 'menghembuskan nafas' melalui insangnya yang terakhir...sebab musababnya memang tidak diketahui....(mungkin kerana saiznya yang kecil kot)...menjadikan ahli akuarium sudah berkurangan menjadi 10 ekor sahaja....sian kat Shark aku....

Nak dijadikan cerita...kelmarin pergi la aku mencari ikan perbandaran tu di Bayan Baru...tapi nasib tak baik, ikan tu rupa2nya udah sold out (mungkin lepas raya gamaknyer, banyak orang beli pasal nak kena buat kerja mencuci cucian...thee hee heee!!!)...frust pulak rasa...dah la kedai ikan tak banyak kat sini...dalam dok berkira2 tu tiba2 mata ni terpandang kepada satu akuarium di dalam kedai tu...lawa2 pulak menatang marin ni...kubaca2 description kat kaca akuarium tu....tertulis ayat freshwater lobster....kelihatan macam menarik...''eerrrr...tauke!!!...ini udang buleh campur2 dengan ikan ka???''....tauke tu menjawab...''ini lobster buleh masuk sama2 dengan ikan...cuma jangan ikan gapi, ikan emas saja...pasai udang ni spesies yang diketegorikan sebagai jenis yang Semi-aggressive''...haaaa, cantik sangat la tu...memang satu 'perangai' dengan ikan Silver Shark teman tu....''ceduk satu ekor angkat mari"...kata aku....hehehe...dari ingat nak cari ikan perbandaran alih2 mari udang kara pulak dah....tapi saiznyer takde la besor...ada la kira2 dalam sejengkal..(campur panjang sepit dia sekali)....aku beli sekor cadangnya hanyalah untuk buat ujikaji kat rumah...maksud aku ujikasi keasimilasian bersama2 dengan2 ahli akuarium yang lain....harap2 kali ni semuanya akan panjang umur...kalo lobster tu buleh hidup, pastikan aku mencari pasangan buatnye nanti...hehhehehhe....

Sewaktu nak pergi bertugas tadi...aku membelek2 akuarium aku tu...mencari dan mengira bilangan benda2 bernyawa (hari2 menjadi rutin, bayangkan kalo ikan tu semua ikan gapi...mau berpinor bijik mata)...kira punya kira punya kira, lobster aku tak kelihatan...haaa!! sudah!!!....mana pulak perginya????...kena baham dengan Silver Shark ke????....timpa dek tongkol kayu bakau ke????...dalam dok mencari2 tu rupa2nya baru terperasan yang dia dah ada kat bahagian atas akuarium...memanjat melalui wayar filter pump yang ada dalam akuarium tu...sambil sepit besarnya kuat mencengkap wayar...tiba2 aku tertanya2 sendiri....lobster ni buleh hidup dua alam ke?????

Roll out!!!

p/s -Gerun pulak menanti waktu pulang...kot2 lobster tu dah hilang nyawa....heeeeeeeeeeeeee!!!!

Nantikan...MENYAMBUNG HASRAT...episod 2!!!!.....



0

RESELLER HYPROBULK SYSTEM PLAN

Salam kembali...seperti yang saya janjikan, di sini saya akan memberi panduan ringkas kepada apa yang kita panggil marketing plan bagi program Hyprobulk SMS...kita akan menjadi reseller kepada pihak syarikat...AFFILIATOR...mungkin apa yang dinyatakan disini agak kurang jelas, tetapi saya telah usahakan dengan sedaya upaya saya kepada anda agar ianya mudah difahami yang mana ia mampu menjana pendapatan sehingga 4 angka seminggu...!!!

okeh...dalam sistem pemasaran bagi program ni...kita akan diberi 3 pakej pilihan untuk menjadi ahli...Xtreme250, Xtreme500 dan Xtreme1000...yang mana bermaksud Xtreme250 = RM250.00, Xtreme500 = RM500.00 dan Xtreme1000 = RM1000.00...


PRODUK
e-HyperBulkSMS adalah merupakan satu sistem yang menggunakan internet sebagai 'platform' penggunaan...yang mana akan memberikan anda dua sistem sekiranya anda menjadi ahli...

1. Xtreme500
a. Sistem eWallet (Pelan & Komisen)
b. Sistem HyProSMS (Hebahan SMS Secara Pukal)
c. 500 sms "Auto Maintain" Bulanan

2. Xtreme250
a. Sistem eWallet (Pelan & Komisen)
b. Sistem HyProSMS (Hebahan SMS Secara Pukal)
c. 375 sms "Auto Maintain" Bulanan

3. Xtreme1000
a. Sistem eWallet (Pelan & Komisen)
b. Sistem HyProSMS (Hebahan SMS Secara Pukal)
c. 750 sms "Auto Maintain" Bulanan

KOMISEN & BONUS
eHyProBulkSMS memberi 4 jenis Komisen dan Bonus seperti di bawah:
1. HyPer Referral Income (HRI)
a. Xtreme500 - 100% dan 50% - (infiniti ke kanan - matahari)
b. Xtreme250 - 60% - (infiniti ke kanan - matahari)
c. Xtreme1000 - 100% - (infiniti ke kanan - matahari)

Jadual 1


Jadual 2

saya akan ulas apa yang dimaksudkan dengan HRI (Hyper Referral Income)
a) Untuk setiap dua kaki yang pertama (bagi kesemua pakej), syarikat akan membayar komisen 50% bagi setiap kaki (contoh kaki A dan B)....kita andaikan A dan B menjadi ahli dengan rujukan amaun yang sama dengan pakej...(Rujuk Jadual 1)

b) Setelah kita mendapat memasukkan kaki A dan B, kemasukan kaki yang seterusnya iaitu kaki C, D, E, dan seterusnya adalah pendapatan kita...setelah dinyatakan dari awal tadi...pakej Xtreme500 dan Xtreme1000 menawarkan pembayaran komisen kepada kita 100%...manakala bagi pakej Xtreme250, hanya 60% pembayaran komisen yang akan diterima oleh anda...kita andaikan juga C, D, E dan seterusnya menjadi ahli dengan rujukan amaun yang sama dengan pakej(Rujuk Jadual 2)


2. HyPer Loyalty Income (HLI)
xtreme500, Xtreme250 dan Xtreme1000 - 40% - (infiniti ke bawah)


Bagi sistem bonus Hyprobulk, syarikat telah menyediakan bonus komisen yang kedua iaitu Hyper Loyalty Income (HLI)...apa yang dijelaskan oleh jadual diatas adalah bagi setiap kaki 1 dan 2 bagi setiap powerline kebawah, syarikat akan membayar kepada anda komisen 40% lagi bagi tiap2 dua kaki yang pertama...kita andaikan kaki 1 dan 2 menjadi ahli dengan rujukan amaun yang sama dengan pakej...TAPI TIDAK UNTUK KAKI KETIGA DAN SETERUSNYA!!!...kerana, syarikat tidak akan membayar apa2 kepada anda sebaliknya membayar 100% kepada uplinenya iaitu C (Kalau C ambil pakej Xtreme250, hanya 60% sahaja)...ini yang membezakan affiliate dengan MLM...rajin yang dibawah bekerja, semakin cerah dia dapat memintas yang diatas...konsepnya mudah...kalo rajin, masyukkk...kalo setakat join tapi tidak berbuat apa2...ia masih dianggap rugi kerana tiada sebarang komisen akan dibayar kepada anda...



3. HyPer Withdrawal Income (HWI)
Xtreme500, Xtreme250 dan Xtreme1000 - RM4.00 - (10 level dari bawah kepada anda)


Anda akan mendapat HYPER WITHDRAWAL INCOME sebanyak RM4 setiap kali ahli di bawah jaringan anda membuat Pengeluaran (withdrawal). Anda layak mendapat HYPER WITHDRAWAL INCOME sehingga Level 10.

Untuk mendapat HYPER WITHDRAWAL INCOME, anda perlu mencapai satu syarat mudah iaitu anda perlu MEMBANTU KAKI A & B UNTUK BALIK MODAL.

Jika anda telah memenuhi syarat mudah tadi, anda berpeluang menerima komisyen RM4 daripada setiap pengeluaran oleh setiap donwline anda. Katakan 1,000 orang membuat pengeluaran pada minggu ini, maka RM4,000 bakal anda terima. Begitulah hebatnya Bonus Pasif yang diperkenalkan oleh Hypernet Resources.


4. HyPer Teknokrat Income (HTI)
Pendapatan Terkumpul Dari Tabung Teknokrat kepada Teknokrat SAHAJA. Kiranya bonus keempat dari syarikat...

Teknokrat ialah ahli HyproBulkSMS yang boleh mengaktifkan ahli baru dalam kumpulan mereka atau kumpulan yang lain. Syarat-syarat untuk menjadi Teknokrat adalah seperti berikut :

1. Menjadi Ahli EXTREME500 (RM500)
2. Membayar maintenance untuk setahun (RM900)
3. Membeli 5 stok AP Wallet (RM2500)

Bonus Teknokrat ini akan dibayar sebulan sekali pada penghujung bulan. Purata Bonus Teknokrat adalah diantara RM50-RM100 per ahli yang diaktifkan


AUTO MAINTAIN

Syarikat akan memotong secara automatik RM75 setiap kali anda Withdraw dari Sistem. Anda bakal mendapat sebanyak 375 / 500 / 750 kredit SMS (bergantung kepada pakej) ke dalam akaun anda setiap kali auto-maintenance dibuat.


Contoh Auto-Maintenance:


MINGGU 1 Jan 09 buat withdrawal = potong RM75.00 untuk maintain Feb 09

MINGGU 2 Jan 09 buat withdrawal = potong RM75.00 untuk maintain Mac 09.

MINGGU 3 Jan 09 buat withdrawal = potong RM75.00 untuk maintain April 09.

MINGGU 4 Jan 09 buat withdrawal = potong RM75.00 untuk maintain Mei 09.


CARA MEMBUAT WITHDRAWAL

a) Syarat Utama untuk membuat Withdrawal adalah anda MESTI MENAJA 2/3 ORANG terlebih dahulu.

b) Withdrawal boleh dibuat SEMINGGU SEKALI selewat-lewatnya hari Jumaat 11.59 PM

c) Bonus akan dimasukkan dalam akaun anda selewat-lewatnya hari .RABU

d) Had MINIMA Withdrawal adalah RM250.

e) Auto-Deduct daripada setiap Withdrawal

1) Auto-Maintenance : RM75
2) Bonus Withdrawal : RM40
3) Bonus Teknokrat : RM10
4) Caj Pengurusan : RM5
JUMLAH : RM130


Pada sapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut...buleh terus berhubung dengan saya melalui Facebook atau layari website rasmi Hyprobulk dan juga melalui website replika saya ini...Jika inginkan merasai 'kemanisan' kejayaan, bertindaklah...jangan kita hanya mengeluh dan tidak berbuat apa2 langsung...Roll out!!!



0

HYPROBULK SMS

Salam eberibadi dan salam sejahtera...lama pulak rasa aku tak hapdate blog aku nih...biasa la bila dah idea takde nak update, tu yang jadi macam tu...(alasan barangkali)...ehhhehe...tapi disebabkan hari ni aku memang boring ya amat, jadi aku sengaja mencari2 topik yang buleh aku kongsikan bersama2 semua pembaca karya agung nih...(kunun)...

Topik yang aku nak tulis ni, agak berbeza dengan hasil2 penulisan aku sebeluum nih...apa yang aku ingin konsikan bersama adalah tentang salah satu dari program AFFILIATE yang sudah aku sertai...HyproBulk SMS...

Sistem HyproBulksms ni aku permudahkan untuk kita2 ni paham adalah sistem sms blasting secara pukal melalui internet...dijalankan oleh syarikat Hypernet Resources yang beribu pejabat di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya...yang mana ianya telah ditubuhkan pada tahun 2008...

di mana dengan menggunakan sistem ni, kita boleh menghantar SMS secara pukal kepada kumpulan2 sasaran hanya dengan sekali hantar...hingga ke beribu2 penerima dengan kadar serendah 9sen/SMS ke seluruh dunia...bunyinya agak mudah kan???...memang mudah sebenarnya kalo nak dibandingkan dengan penghantaran SMS dengan menggunakan telefon bimbit kita sendiri...mau hilang nombor2 kat pad tu, pudar gara2 tekan banyak kali...ehhehe....

Seperti yang telah dijelaskan di perenggan atas, penghantaran SMS dengan sistem HyproBulksms ni adalah dengan kadar serendah 9sen/SMS..."iskkk!!!...mahal la...aku sms kawan aku yang lain yang 'bernaung'di bawah satu TELCO yang sama baru 1 sen!!!..."...kata kawan2 aku yang pernah mendengarkan sistem nih...BETUL!!!...memang mahal kalo nak dibandingkan dengan yang 1 sen tu...tapi dengan menggunakan sistem ni, bukan saja SMS...malah MMS, WAP push, flash massage...semua sistem ni akan 'pukul rata' dengan kadar serendah 9sen/SMS,MMS kepada semua rangkaian...tak kira la 012,013,019,016 dan sebagainya...cuba kita bayangkan sejenak, sistem ni mahal ke tak???...kalo nak dibandingkan dengan rate TELCO yang lain...sekali kita hantar mms rasanya ada yang akan kena cas 0.50sen, tu aku amik yang rendah...tu belum lagi kalo kita nak bercerita tentang no telefon bimbit sahabat2 kita tu sendiri...ada yang bernombor 012 tapi dibawah celcom, ada yang bernombor 013 tapi berada dibawah Digi...dan sebagainya...sebagai contoh kita (019) ingatkan murah la send sms kat kawan kita pasal kawan kita pakai 013...rupa2nya kawan kita dah beralih kepada TELCO yang lain dengan menggunakan no yang sama...bayangkan berapa cas yang kita kena bayar untuk perkara sebegini...???

Sistem HyproBulk ni pada aku cukup berguna...ia buleh digunakan untuk membuat sebarang hebahan, promosi dan sebagainya yang dirasakan berkait...agen2 MLM, Pengangkutan, Hospitaliti, Pelancongan, Hiburan, Pendidikan, Perbankan adalah antara kumpulan2 sasaran yang pada aku patut menggunakan sistem nih...untuk komuniti perumahan kita aku ambil sebagai contoh...kita ambil semua no telefon bimbit ahli kariah kita, guna sistem ni untuk membuat segala hebahan tentang berkaitan dengan majlis2 ilmu yang akan diadakan untuk Masjid dan Surau kita...kalo kita menggantung banting, akan ada mata yang akan terlepas pandang...tapi dengan mesej terus kepada telefon bimbit...ianya akan lebih efektif dan memang terus disebarkan kepada kumpulan sasaran tersebut...

ianya mudah, ringkas dan hebahan yang dilakukan cukup pantas ke telefon bimbit masing2...kalo hebah melalui Facebook, Myspace, email dan sebagainya...ianya akan memerlukan masa dan keperluan tertentu untuk kita login...tapi dengan sistem HyproBulk, ianya terus ke telefon bimbit anda...sebab dah tentu semua orang memiliki telefon bimbit, jadi kalo dah ada telefon bimbit dah tentu ada capaian SMS...ianya mudah!!!...berkesan lagik....heheh

Jadi kepada yang membaca posting ni...sekiranya ada yang berminat dengan sistem HyproBulksms ni...memang betul2 aku sarankan untuk menggunakannya...sistemnya mudah seperti kita mengandalikan email...memang user friendly...selain dari kita menggunakan sistem ni untuk menghebahkan SMS secara pukal, ianya juga buleh digunakan sebagai SMS reminder...contohnya seperti peringatan membayar insuran kenderaan (untuk kegunaan syarikat insuran), ucapan selamat ulangtahun, Majlis keraian, Ucapan perayaan...buleh kita gunakan ia sebagai peringatan kita...kita ambil contoh ucapan selamat ulangtahun kelahiran, kita dah tau tarikh ulangtahun kelahiran seseorang tu...apa yang hanya perlu dilakukan hanyalah menulis ucapan, setkan kepada no telefon bimbit penerima ucapan, setkan tarikh dan masa...DONE!!!...sampai masa yang telah kita aturkan, ucapan automatik akan terus dihantar kepada penerima sama seperti yang telah anda aturkan...mudah bukan???...

Banyak lagi sistem bulksms yang ada kat luar nih...cuma yang membezakan sistem ni dengan yang lain adalah pelan pemasaran dia...syarikat yang mengendalikan sistem ni mampu memberikan komisen kepada affiliator nya 100% payout!!!...solid!!!!...dah la sistem pun bagus, buleh buat hebahan bagai, serendah 9sen sedunia pulak tu...marketing plan pun 100% komisen payout!!!...jadi tidak ada alasan yang lebih sahih untuk kita menggunakan sistem bulksms yang lain selain dari HyproBulk sms...

Sekiranya berminat untuk mendapatkan butiran2 lain,layari link HyproBulksms ni atau berhubung dengan saya secara terus melalui web replika saya ini...insyaAllah kalo ada kelapangan akan aku detailkan pulak tentang marketing plan bagi sistem HyproBulk SMS ni...cuma yang buleh aku katakan sekarang...sistem ni dah bagus, sesuai untuk kegunaan semua golongan...dan marketing plan dia jugak memang menguntungkan...memang mampu menjana pendapatan...





Ringkasan untuk Apa itu Bulk SMS / SMS Broadcast?

a) Merupakan salah satu sistem yang boleh membuat hebahan / sebaran SMS melalui Internet.
b) Sistem ini sangat efektif dan dapat menjimatkan masa serta kos.
c) Digunakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan hebahan kepada kumpulan sasaran.
d) Merangkumi semua syarikat Telekomunikasi di Malaysia (012, 013, 014, 016, 017, 019).
e) Kredit SMS hanya sah laku untuk tempoh satu (1) Tahun.
f) 'Sender ID' boleh ditetapkan oleh pengguna.

Aplikasi Sistem Web SMS ringkasan...

a) Akses melalui Internet (Online System)
b) Akses user Multilevel (Main / Sub User)
c) Boleh menggunakan Unicode (cth. Huruf Bahasa Cina / Jepun)
d) Penghantaran SMS melalui file yang di import
e) Penghantaran SMS mengikut jadual
f) Pengurusan Phonebook
g) Pengurusan Contact Group
h) Mengimport senarai nama melalui file
i) 'Sender ID' yang tersendiri

* Modal untuk join HyProBulkSMS ialah serendah RM250 / RM500 / RM1000 SEKALI SEUMUR HIDUP!
* Anda akan terima sistem SMS BLASTING dan anda juga RESELLER untuk syarikat!
* Website yang mantap. Ada sistem SMS BONUS!
* Gabungan 2 teknologi terpantas! (Internet dan SMS)
* Bonus REALTIME! (24 JAM / 7 HARI SEMINGGU)
* Pelan bonus INFINITI! (TIADA HAD)
* Pelan pemasaran yang ADIL!
* Tidak perlu menjual barang!
* Tiada had masa dan umur!!
* Pembayaran bonus secara MINGGUAN! Cek atau bank-in!
* Pembayaran bonus TERTINGGI di pasaran! (100% PayOut)
* Rekod sudah membuktikan ramai yang sudah berjaya menjana income 4 hingga 5 angka SETIAP MINGGU!


HyProBulkSMS
MAMPU + MUDAH + LUMAYAN + TERJAMIN + TERBUKTI

SEKIRANYA ANDA BELUM TERLINTAS UNTUK SMS SY @ PM
INBOX BERTANYA,MAKA ANDA MSIH SANGGUP BERTUANKAN KESEMPITAN HIDUP!!!
MAKA BELUM SAMPAI MASANYA TUHAN MENAMBAH SATU LAGI SUMBER PENDAPATAN
ANDA..SERIUS MAHU BERUBAH?
JOM APA TUNGGU LAGI????? RAMAI YG DAH BERJAYA... ANDA?? BILA LAGI????
Untuk melakukan pendaftaran secara percuma, klik sahaja di SINI
0

MERDEKA DI PANTAI

Pantai Merdeka......nama biasa dah aku dengor...dalam lagu kumpulan Jinbara pun ada sebut nama pantai tu...best ke???...entah la...aku sendiri pun tak pernah sampai...jadi pada hari sabtu yang lalu, kebetulan pulak Kolej (menerusi jabatan isteri aku) ada mengadakan hari keluarga kat pantai tu...dapat la aku sekeluarga dapat peluang untuk pergi ke pantai tu (jangankan pantai merdeka, Pantai Miami kat Batu Feringgi pun aku tak jejak lagik, walaupun dah dekat 5 tahun dok Pulau Pinang nih...)..hehhehehe...aku pulak rasa yang ter'girang' lebih...mana taknya kalo jadi la pergi sana, merasa la dapat aku bawak anak2 aku ni mandi kat pantai...bila ditanya "ira nak mandi pantai tak???..."....dia dengan konfiden terus menjawab..."nak...nanti buleh Ieya buat istana pasir.."....terkejut aku!!!...sapa pulak yang ajor dia kalo pergi mandi kat pantai kena buat istana pasir????...ehhehehhe....tercengang2 aku kejap, seingat aku dan wife...takde pulak kami sebut mende2 tu kat dia...tapi tu la, agak2 kami antara dua....tak dia dapat dari pengasuh dia, atau pun dia dok tengok cerita2 kat dalam channel 611 tu...hehehhehe....advance pulak anak aku yang sorang ni...hehhehe...

Sesudah sampai jer di Pantai Merdeka tu...ku lihat Ira dah tak ketahuan dah...mana taknya, playground dah terpampang didepan mata...kira nak gelungsur jer dah...hari baru jam 11 pagi...matahari dah mencacak atas kepala...ikutla Ira...larang satlagik dia tetap nak main jugak...aku menjengah ke tepian laut...tu dia!!!..satu bijik pasir pun tak nampak....air pasang kot...abess punah ranah impian anak aku nak bina 'istana pasir'...kesian kat dia (sambil aku memerhatikan dia terus bermain gelungsur tanpa mempedulikan lagi keadaan pantai tu)....ehehhehehhehe....rasa aku gelungsur tu lagi mengujakan dia berbanding 'istana pasir'...takat sebut buleh la...walhal istana tu pun tak tau mende....kih kih...

Last2...terpaksa la jugak teruskan plan B...return balik kat Balik Pulau, pergi mandi sungai kat Teluk Bahang tu...jimat duit sunblock....muhahahahhahah!!!!....

Roll Out!!!

p/s : Posting yang ditulis dalam keadaan jiwa yang sungguh bosan...hehhehehhe
2

TERKELENYUK TANPA SEBAB

Pagi ni aku ada urusan kat bank...mana nak settlekan payment untuk kereta, kad kredit, pinjaman bank serta pembayaran untuk sistem pembetungan (kena la bayo, melimpah kang susah pulak...ekekeke)...settle jer urusan semua urusan, terus aku kekedai...jam pada masa tu menunjukkan jam 9.40 pagi...awal lagik...kedai buka 10.30 pagi...cantik la tu...ada la clearance sket masa untuk aku mengelap2 apa yang patut kat kedai tu (nak main game ralit pulak kang)....dan seperti yang dijanjikan kepada diri aku...jam 10.30 pagi kedai aku dibuka dengan 'rasmi'nya untuk hari nih...

macam biasa la bila dah mula jer kerja, FB mesti kena on...baru la sempoi...takde la aku 'meroyan' sorang2 keboringan...dalam sambil2 berfesbuk, segala ceruk suratkhabar online mesti aku baca...tak kisah la tajuk apa pun, yang penting aku tau serba sedikit cerita kat luar tu...sebab dah memang jadi kebiasaan, malam nak balik satlagi baru aku turun keluor menjengah dunia...selagi dalam tempoh aku bekerja nih...dalam ceruk kedai ni la aku duduk...tak keluor2 dah...ehehhehe

jam dah menunjukkan pukul 11.30 pagi...pelanggan hari ni dok silih berganti...aku perhatikan banyak yang melayan laman2 sosial seperti Myspace dan Facebook...tak ketinggalan juga pelajar sekolah menengah sessi petang membuat kerja2 seperti kajian tempatan dan sebagainya...bunyi peluru dan tembak menembak juga kedengaran diceruk PC aku yang hujung, kelihatan orang dewasa sedang melayan PC games...Call Of Duty : Modern Warfare 2....macam tu la kedai aku saban hari...diam tak diam kedai aku dah beroperasi selama setahun setengah....syukur alhamdulillah....

"...OOOoooo!!!!...kat sini kamu yer!!!...''...tiba2 datang satu suara memecah kesunyian....aku perhatikan seorang wanita yang berpangkat koperal....errrr...maksud aku 'berpangkat' makcik datang menegur anak dia yang sedang leka menaip tugasan folio...(kenyataan aku ni adalah berdasarkan pada tinjauan segera aku kepada PC dia betul2 lepas makcik tu bising yang memecahkan keharmonian kedai aku tadi)...macam biasa la kalo dah ada yang rupe ni masuk kedai aku...memang aku buat tak nampak jer la....fokusku tetap kepada akhbar online yang sedang aku baca tu....

''...periksa lagi dua minggu..!!!...''....kali ni makcik tu bernada tegas....kelam kelibut la anak dia tu mengemaskan barang2 dia...aku mengintai perisian monitoring aku, dan aku perhatikan masa budak tu ada lagi dalam 21 minit...dengan muka yang memang tak semiyak (kata orang Perak)....budak tu terkocoh ke kaunter, meminta aku agar menyimpan baki masa dia...(INFO : kedai aku ni ada satu sistem....memandangkan sistem kedai aku ni ada yang pay and play....aku menawarkan penyimpanan masa kepada para pelanggan, yang mana dikhususkan kepada masa 10 minit keatas sahaja...maknanya lain kali kalo dia datang dia buleh la claim balik masa dia tu...takde la masa tu burn abess macam tu jer)

Dalam pada aku sedang cuba bertanya nama dia untuk dimasukkan didalam rekod penyimpanan masa....''tu buat apa lagi!!!!...''...suara makcik tu kembali kedengaran....kali ni memang berdesibel tinggi....abess semua customer yang ada memandang ke kaunter....dalam keadaan yang kelam kabut tu, budak tu terus keluar dari premis aku sambil makcik tu terkebil2 berdiri memerhatikannya....dengan tak semena2...makcik tu berkata pada aku dengan nada yang agak keras....''...kamu tau tak anak aku tu nak periksa..???...''.....sambil membulat2kan mata tanda tidak berpuashati dengan sesuatu (tak puas hati dengan kedai aku la tu)....aku pun tak teragak2 terus menjawab....''...mana saya taukan anak makcik nak periksa ke hape ke....saya bukannya guru besor atau pengetua sekolah...!!!!....''...memang seriyes aku bagi...tapi tu la, semua tu hanya mampu bergema dalam hati jer la....ekkekekekkek.....pelanggan kena jaga beb, walaupun hati ni dah terbakor hangit rentung segala bagai....aku hanya mampu melihat dan 'mencipta' sedikit senyuman dengan harapan yang tinggi agar makcik ni berenti membebel kat aku dan segera turun dari premis aku...bukannya apa, aku tau diri aku...aku buleh bersabar...tapi kalo aku dihentak tanpa satu sebab musabab yang konkrit...aku pasti memang aku akan melawan balik kata2 dia....seperti dia memahami apa yang aku fikirkan...dia pun turun keluar dari premis sambil menjerit2 marah kepada anak dia tu....aku perhatikan ada sorang pelanggan yang turut ada masa kejadian tu mengeleng2kan kepala kepada ku sambil tersenyum...aku pun tanpa fikir panjang, mengeleng2kan kepala la jugak!!!...ehehhehehhe....

kuperhatikan lagak dan gaya makcik tu, dia mampu untuk menyediakan segala kemudahan berkomputer dirumahnya....agar memudahkan anak2 dia membuat kerja2 sekolah seperti yang telah aku nyatakan tadi...senang, lepas tu beli mangga kunci solex, rantaikan kaki anak2 dia kat rumah....dia mampu untuk melakukan semua tu....memang mampu....tapi kenapa bila berlaku nya perkara2 seperti yang aku ceritakan ni, aku selaku pengusaha kedai juga yang dipersalahkan?????....apa salah aku????....sebab aku buka Cyber Cafe kat kejiranan ni???...apa salah Cyber Cafe?????....bukan aku run bisnes ni secara salah dan tanpa lesen....aku beli lesen kedai ni 24 hengget setahun tau!!!!!...ekkekekkee.....asal sebut Cyber Cafe jer lucah, port ponteng sekolah, buang masa, tempat tak berfaedah, tempat berjudi, samseng....kenapa mentaliti masih mau berfikir macam tu????....yaaaaa, tak dapat aku nafikan ada Cyber Cafe yang berselindung disebalik nama untuk melakukan perkara2 yang tak elok....tapi bukan semua....memang aku akui kedai aku adalah antara Cyber Cafe yang paling 'kolot' kat kejiranan aku nih....memang kolot....sebab apa????...kedai aku takde online games, tak run 24 jam, yang jaga pun orang tua....ekkekekke....tapi adalah kerana apa?????.....sebab aku mahukan pelanggan yang datang ke kedai aku ni datang untuk mencari maklumat, bersosial di alam maya tanpa sebarang gangguan....tu memang impian aku sejak mula2 aku membuka perniagaan ni....dan alhamdulillah, setelah setahun setengah beroperasi...memang pelanggan2 yang macam ni la yang selalu memenuhi kedai aku nih....takde la sakit kepala aku melayan perangai orang yang pelik ragamnya.....!!!

Cuma aku mahukan orang mengubah persepsi dan imej yang teruk terhadap Cyber Cafe nih...jangan ada yang beranggapan kalo tempat2 macam ni pusat budak2 ponteng sekolah....tidak!!!....aku tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku kat tempat aku...aku cuba!!!!....sedangkan dua inspektor polis juga telah melakukan ujian rambang terhadap aku....eeerrrr....maksud aku ujian rambang kepada system pengawalan sistem cyber cafe aku (macam mana aku control segala mende, filter laman2 pornografi) dan mereka memang berpuas hati dengan cara pengawalan aku....takde satu pun yang aku nak sorok....buleh dikatakan aku cuba untuk menjadi usahawan yang berjaya dan bertaraf 'mithali' gitu....ekekkekekke!!!

Kepada makcik yang berdesibel tinggi tu, aku amat2 berharap...semoga lain kali agar dapat 'menangkap' anaknya bermain games supaya takde la dia 'menangkap' anak dia yang sedang melakukan kerja2 komputer (folio kajian tempatan) seperti yang udah terjadi tadi kat premis aku siang tadi.....memang kejadian tadi pada aku cukup memalukan!!!!!....menangkap anak yang sedang membuat kerja sekolah...buat kerja sekolah tu bukan la satu perkara yang salah, cuma ianya menjadi satu kesalahan besar kerana melakukan perkara tu di Cyber Cafe!!!!!......

Roll out!!!!




0

RIADAH DI TAMAN RIMBA

8 May 2010...aku mencari segala ruang pada hari itu untuk menonton filem Hollywood yang baru iaitu Ironman 2 di Teluk Permaisuri (Queensbay) ...dapat pulak midnight...(pasal tayangan lain semuanya fully booked!!!)...best pulak rasa...lagi pun ni adalah kali pertama aku dan isteri dapat menonton filem tara2 time macam tu...anak2..???...aku subcon kan kepada adik ipor aku, Ima...untuk menjaga Ira dan Yaihh dalam dua - tiga jam cumaaa....ehehhehehe....(hari ahad kamu pulak pergi tengok yer Ima, tiket aku beli siap2)...hehehhehe....

Balik2 dari menonton filem tu...aku dan isteri berkesempatan singgah sebentar di kedai nasi kandar 24 jam...dapatla melayan tea panas....dalam sembang2 ngantuk sambil2 menyuap roti canai kosong kedalam mulut aku tu...terpikior pulak aku ayat2 dalam kepala...''kesian pulak kat anak2...dah la kita tinggal deme.."....hehhehe....last2 tersuggest la kat wife....''ibu!!!..apa kata kita bawak deme mandi besok????....tapi tak sure la pulak nak gi mandi laut ke sungai ke...taman tema ke....ehehhehe....maka dengan konfiden yang amat sangat....wife pun cadangkan....''kita bawak gi mandi kat Teluk Bahang la bang....''....dengorkan ayat2 tu...aku pun setuju....manakan tidak...hampir 5 tahun aku dok kat Pulau Mutiara nih....mana ada aku bawak anak2 isteri aku jenjalan mandi laut ke sungai ke....hehehehe....jadi aku pun kompomkan tempat tu....ater mana lagi aku nak bawak???....air terjun Titi Kerawang jauh pulak dari orang....jadi apa2 kecemasan ke, jenuh pulak aku jadi tarzan kat situ....ekkekeke..."Teluk Bahang pun buleh laaaaa" kata aku (dengan nada bersemangat)....last2, roti pun salam, tea pun salam....balik2 rumah jer aku2 pun salam....(jam dah 4pagi dah....takbley tahan dah...kiki

Kami bertolak dari rumah betul2 lepas solat Zohor....berbekalkan susu anak, termos air dan tikar segulung...(kudap2 karang la beli...ehehhehe)...kami memulakan perjalanan dari Balik Pulau ke Teluk Bahang yang jauhnya kira2 dalam 14 kilometer...kalo ikutkan perjalanan tak de la jauh mana...tapi sebab bengkang bengkoknyer jalan tu membuatkan perjalanan tu agak perlahan...(bior lambat asal selamat yer dak???...)

Setelah hampir 25 minit menyusuri jalan yang berkemampuan untuk 'memuntahkan segala isi perut' tu...kami selamat tiba di Taman Rimba Teluk Bahang....pertama kali menjejakkan kaki kat sini....(tayar kereta tu selalu la jejak, pasal selalu jugak lalu depan taman tu....tapi haram tak singgah....ekkekek)....cantik jugak tempatnyer....(eerrr.....ada ke rimba yang tak cantik??)....hehheheh.....






"Taman Rimba Telok Bahang merupakan salah satu lokasi daripada 111 hutan lipur di Semenanjung Malaysia. Taman Rimba ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan merangkumi kawasan seluas 32 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kekal Telok Bahang seluas 873 hektar. Sungguhpun begitu, keluasan sebenar yang telah digunakan untuk tujuan rekreasi adalah merupakan keseluruhan kompartmen 2 iaitu seluas 117 hektar.

Penubuhan hutan lipur di dalam kawasan hutan simpan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai tempat rekreasi, eko-pelancongan dan untuk kesedaran masyarakat mengenai perhutanan.

Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk menjalankan aktiviti rekreasi seperti “jungle trekking”, berkhemah, bersantai, berenang dan sebagainya. Kemudahan seperti Dewan Annex dan Muzium Perhutanan turut disediakan untuk para pengunjung. Tidak ketinggalan, surau ada disediakan sebagai tempat untuk menunaikan solat serta menjalankan aktiviti - aktiviti berteraskan keagamaan dan ukhuwah"

Sumber : Portal Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

singgah2 jer dalam kawasan tu...dah terasa best dah...manakan tidak...bunyi unggas2 dan bunyi2 air yang menyusuri kawasan tu dah membuatkan eddie rasa nak terjun tak ingat anak2 dah...(walaupun tujuan asal nak bagi anak2 yang mandi dulu)....ehehhehe....dari jauh kelihatan sungai yang agak pelik pada permulaan penglihatan aku....beberapa bahagian sungai sudah diblok2kan dengan simen dan bertingkat2....waahhhhh!!!...best nih....kolam ada banyak....(macam la aku nak terjun semua kolam..ekkekekke)....

dapat 'port' yang cantik jer...aku terus jer turun kat salah satu dari kolam tu....(kan aku dah kata...anak2 keutamaan kan??....ekkekekke)...memang termendes....sujukkkk!!!....bukan nak mengkemudiankan anak2...masa tu deme baru nak salin2 uniform....tapi tu laa...ni first time bawak anak2 pergi mandi sungai....sejuk tu dah tentu....tahan ke deme???....terai rendam dulu lahhhh....



turun2 jer..perghh!!!...terasa kesejukan hingga membuatkan diri ini rasa nak berendam lama2...siap jer anak2 dengan persalinan...apa lagik...kurendamkan dua2 beradik ni ke dalam sungai....dengan Maksu2 sekali terjun...tapi tu laa...ada Maksu dia nih...dia pulak yang teruja lebih....serata kolam dia ronda...(dah lama tak mandi katanya...hahahhah)...tapi seperti yang udah dijangka...anak2 tak berendam lama...mungkin sejuk kot...padahal jam baru tunjuk pukul 2.45petang...last2 deme duduk jer atas batu tu sambil kaki menendang2 air...asal korang mau dok diam...udah laaaa....kikiki....

setelah hampir dua jam bersantai di sungai dengan anak2...(tak buleh lama sangat, karang ada yang demam nanti, tak anak aku...aku yang demam) ...kami pun memilih untuk beransur dari Taman Rimba nih...bukan hape...ada lagi urusan yang perlu aku selesaikan di Bayan Baru...rasa macam tak puas la pulak....mungkin lain2 kali kot!!!...(entah bilernyer entah la...ehehe)

tapi memang aku akui...taman ni luas...cuma tak berkesempatan untuk menjelajah sepenuhnya...ada taman kura2 la...muzium perhutanan la...bawak kamera pun dapat la snap dalam 7-8 keping gambor...bateri pulak kong!!!...tu yang kurang gambor dalam nih...adehhhh....tapi insyaAllah di kesempatan lain...akan aku sekeluarga kembali lagi ke taman nih...nak snap gambor banyak2...ahhahaha!!!...best jugak aktiviti tu!!!!....layan tiap2 minggu pun buleh nih....ehehehhe...

roll out!!!

p/s - besok2 upload gambor lain...memory card camera tertinggal kat rumah...heeeeeee

0

KERALITAN AKU

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung karya agung...setelah berbulan2 bersawang...akhirnya ada jugak satu perkara yang ingin aku kongsikan bersama2 pembaca2 sekalian....(lepas post ni bersawang balik la blog aku nih)....hehehhehehe

PC games!!!!...apa yang anda tau tentang games...????...for sure dah tentu la permainan video yer dak....untuk pengetahuan anda...aku memang suka PC atau PS2 games....betul2 roll out pada diri aku nih...aku telah menjadikan games ni sebagai salah satu cara untuk aku menghiburkan hati aku...(hati korang aku tak tau la)....ekekekkeke.....dalam masa aku menjaga kedai aku yang 'priceless' nih...terus terang aku katakan...kat pc aku sendiri memang takde game....(bukan apa, takut aku ralit dari bekerja jer)...kalo aku nak main pun masa ada partner jaga kaunter kedai....buleh la aku 'perah' game ni kat salah satu PC client aku...ahahha...dan perkara penting yang aku ingin kongsikan adalah...Battlefield Bad Company 2....bukan padang yang nak dipromosikan...tapi game baru yang sedang aku layan sekarang nih....




Perisian permainan ini baru dilancarkan pada 2 mac 2010...dan pada2 gamers yang menyukai game yang berpaksikan 'shooting'...anda memang direkemen habess untuk merasai pengalaman peperangan yang sebenar didalam Battlefield Bad Company 2 nih.....termasuk lah aku!!!...muekkekekke....

roll out!!!

2

KEJAMKU KEPADA NADIA

Setelah berjuang dalam ertikata bertungkus lumus selama hampir 3 minggu...akhirnya kedai haku dah kembali beroperasi seperti mula2 ianya dibuka pada tanggal 16 Disember 2008...mana taknya, banyak yang bermasalah akibat serangan virus komputer yang bernama Nadia Safira tu...nama best, tapi tu la...menambahkan kerja jer jadinya...sound tak buleh pakai la, printer spooler ilang la...adehh, sesak aku dibuatnyer bila customer dok bertanya...yang paling tak best tu, penyakit2 ni mari serentak kat kebanyakan PC haku...maunya aku tak senak, menghidupkan kembali seketui PC pun mau makan masa dekat 5 jam (Format dan install balik software2 dalam tu)...semua ada 24 unit...sorang2 lagik...mau buntang mata haku nengok skrin PC ni jer....dalam dok berkira2 tu...kena pulak mari semangat yang tiba2 datang entah dari mana...dan berbekalkan bantuan co-workers haku dan jugak wife aku...aku mengambil keputusan nekad...FORMAT SEMUA JER LAAHHH!!!...(sajer jer aku besorkan font tu sebab nak ngaborkan yang aku betui2 seriyes nak memusnahkan virus komputer yang bertahap tutttt nih...!!!...)...muhahhahahah!!!....jadi bergasaklah aku dan co-workers aku ni dalam usaha untuk mengembalikan spooler dan jugak sound pada kesemua PC2 yang aku cintai nih...!!!

gasak punya gasak, sampai tertido2 terlangkup berbantalkan siku kat atas meja...dengan izinNya, alhamdulillah, segala kerja yang dirancang menjadi dengan selamat...tanggal 12 Febuari 2010, selesai tugas haku dalam memperbaiki kembali performance PC2 aku nih...segala2nya udah kembali kepada biasa...cuma aku kena lebih alert dalam memantau keadaan PC...at least takde la kena kadap semua sekaligus macam yang aku kena baru2 nih...jemmed abess urat mata aku...siap dok stay back kat kedai jer...mana buleh jadi beb....anak bini pun nak kena jenguk2 jugak memalam nih...muekkekekeke!!!...sekarang ni aku amik pendekatan yang simple as a pimple...ada satu jer yang problem, aku terus format tanpa rasa prejudis...(info tambahan : virus ni juga menghalang kita dari memasukkan kembali file2 spooler dan jugak apa saja bacaan dari sebarang drive...)...tu yang masalah tu...nak tak nak, kena la reformat balik supaya ia kembali bertugas dengan jayanya....

dan hari ni setakat 17 Febuari 2010...alhamdulillah, semua masih selamat sihat dan kembali bertugas seperti biasa.....seperti biasa aku akan terus bersosial di fesbuk, dan aku akan terus menunggu...tertunggu...waiting....sekiranya che Nadia datang kembali lagi merenyeh kat komputer haku.....dan sambil mengharapkan yang 'kegatalan' Nadia tu udah berakhir.........

Roll out!!!

0

KEGEMBIRAAN ANAKANDA KU

Diam tak diam...anak2 aku dah dua orang dah...rasa baru lagi aku bersanding kat Silveritage Galleria, Medan Gopeng itu hari....rupa2nya dah empat tahun dah aku berkahwin...anak2 pun dah berumur 3 tahun dan setahun....cepat sungguh la masa berlalu...jangan la sebut pasal umur...tahun ni genap aku menukorkan nombor pangkal daripada angka 2 kepada 3...!!!....

Dalam aku menyelongkor media gallery dalam henpon aku nih...terjumpa la pulak rakaman yang aku buat baru2 ni sewaktu aku dan family aku singgah ke Tesco Sg Dua, Penang...tempat anak2 aku selalu 'hangout'...bukan kerana apa...kat Penang ni susah benor aku nak jumpa taman yang agak selamat untuk kanak2 bermain...ada pun kat area Goergetown...jauh la pulak kalo aku nak bawak deme2 ni ke sana....bawak gi Tesco senang...lepaskan deme kat kawasan playground...aku pun buleh gi beli2 barang....beli tak banyak mana...makan jer yang lebih...sebab dekat dengan kawasan food court...ehehhehehe...sampai ler ke hari nih...asal keluar naik kereta semua jer mesti si kakak ajak gi Tesco....eehehhehe.....cuma satu je yang menyenangkan aku...dia senang diajak balik....janji bagi dia main puas2 kat situ...tak payah buh token pun takpe...asalkan dia dapat panjat turun mende alah tu....ehehhehehe.....

 
Copyright © SEBUAH KARYA AGUNG