Dua hari sebelum Syawal aku dah pulang ke kampung...mengambil kesempatan yang ada untuk berbuka puasa bersama2 keluarga tersayang...18hb di rumah mertua di Kg Kuala Dal, Kuala Kangsar...kepulangan ku kekampung disambut dengan suasana gembira...jalan masuk ke kampung udah selamat diturap dengan tar...walaupun telah mengambil masa yang agak lama...tapi aku bersyukur dengan perkembangan nih...19hb pula di kampung ayahanda ku di Kemunting...kebetulan pula abang aku pun ada kat sana...memandangkan abah malam tu nak buat majlis 'bertakbir' kat rumah....agak bagusla preparationnya....menjadikan segala2nya berjalan dengan lancar...alhamdulillah...
1 Syawal aku raikan di rumah keluarga aku...seperti tahun2 yang sudah, giliran juga yang haku titikberatkan...dalam mencari keadilan pada aku memang payah...tapi demi untuk mencari ketenangan aku gilirkan...lagipun perkara tu tidak sepatutnya menjadi isu memandangkan kampung kami tidaklah jauh mana....hehehhehe...
Dalam aku cuba mencari kelainan dalam tahun nih...aku mula menggerakkan keluarga ku untuk beraya bersama kawan2....semua tempat yang ada kenalan aku terjah...Padang Rengas, Gapis, Keroh Hulu sampaila ke Kota Lama Kiri...dan yang lebih uniknya, rumah kawan2 FB...yang tak pernah aku jumpa secara langsung...hanya berkomunikasi dengan kata2 sahaja....dimulai dengan kunjungan lebaran ke rumah Mohd Nor Amin di Kuala Kangsar, Shuhada di Kampar, Suhana di Simpang Pulai, Helmi Fadzil di Tanjung Rambutan dan juga Khairul Anuar di Sungai Petani...haaa yang ni ramai ada...gathering bersama2 rakan FB iaitu Suhana, Shahrun Nizal, Norazwira, Mimie Dali dan Wan Anisah....diakui pertemuan ini adalah yang seakan2 sama seperti didalam FB...tiada kekok dan tiada keraguan...sembang macam dah kenal lama...hehhehehe....memang mengujakan haku....
Dan hari ni aku kembali bertugas seperti biasa...kembali aku bersama2 24 buah komputer yang aku sayangi nih...hehheheh....dalam pada bertugas..'kepala' aku rancak menerawang berfikir...yang sudah banyak juga perkara indah yang sudah berlaku dalam awal bulan Syawal aku kali nih...dan aku berharap ianya akan kekal lama begini.......
Salam Aidilfitri........roll out..!!!!!
0 kritikan yang diterima:
Post a Comment