4

SEMUANYA SERBA TIGA

STAR WARS name : (the first 3 letters of your last name,first 2 letters of your first name)
AZRZA...tau dek Goerge Lucas ni musti dia shooting Star Wars Episod 7 punyeee.....

DETECTIVE name : (favourite colour,favourite animal)
BLACK STALLION...

SOAP OPERA name : (middle name,town where you were born)
DIAZKEMAMAN...

SUPERHERO Name : (2nd favourite colour,fav drink,add "The" to the beginning)
THE BLUE ICE COFFEE

FLY name : (first 2 letters of first name,last 2 letters of your last name)
ZAAF...

ROCK STAR name : (current pets name,current street name)
SENIN SRI GENTING

PORN name : (1st pet,street you grew up on)
SENAH TAIPING

YOUR GANGSTER name : (first 3 letters of real name plus izzle)
ZAIIZZLE

YOUR GOTH name : (black,and the name of one of your pets)
BLACK SENIN

STRIPPER name : (name of your fav perfume,fav candy)
ENCHANTEUR CADBURY

WIZZARD'S name : (last 3 letters of mother's name,first 3 letters of current job,first 3 letters of your zodiac sign and 3 letters of home street's name)
ZAHMANCAPING.... Wkakaka...lawak2...

PIRATES name : (fav action hero's last name,your pets name,fav comedian's last name) add "Captain" to beginning)
CAPTAIN BAUER SENIN WAYANS...

Person i really wan't to tag : Ani and Yusliha....jangan tak jawab yer....

p/s : Hah...pueh hati...udut welly...


2

Tag Yang Dah Nak Expired

haiyaa..tag yang manyak susah!!

It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag ten people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real - nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : Zaidi Azraf

2. A four Letter Word : Zero

3. A boy's Name : For sure la...Zaiff and Zaidi

4. A girl's Name : Zahirah and Zeela and Zazatul

5. An occupation : Zurutera JKR

6. A color : Zitam, Ziru dan Zuning

7. Something you'll wear : Zeluar dan Zaju

8. A food : zup bunjut ADABI....rempah nak wat sup...

9. Something found in the bathroom : Zerus gigi

10. A place : Zimbabwe

11. A reason for being late : Zam loceng abih bateri

12. Something you'd shout : Zoi!!!!..diamla...!!!

13. A movie title : Zombie Kampung Pisang

14. Something you drink : Zopi Ais

15. A musical group : Zaiff and Zahirah cries rythm....

16. An animal : Zeruang

17. A street name : Zorong Seri Genting 6....

18. A type of car : Zroton Perdana V6

19. The title of a song : Zunika...

Ini yang udut welly kata susah...cam senang jer...wkakakaka!!!!!
0

Setelah Enam Bulan

Awatla 'mandom' sangat kepala hotak haku arini???...nak wat entry pun cam takde idea jer...nak cite pasal politik Perak...rasanya dah ramai yang tulih...biarla depa wat...dua entry terakhir haku tu saje je haku publish untuk menghebahkan apa yang sebenarnya yang berlaku kat sana...dah la tu, tak pasal2 kawasan Istana Iskandariah kat Bukit Chandan jadi glamer sekejap...nasib baik tak 'bertempur' kat medan cendol kuale...kalo tak melambung la cendol ngan laksa tumpah ataih kepala orang...(tak kecur air liur ke Ezza????)...dan mengakibatkan 9 orang ditangkap...haku pun tgk la list nama tu...mana la tau kot2 ada sesape yang haku kenal...tup2 mata haku terpaku kat satu nama...ADI HELMI BIN MOHD NASIR...cam pernah kenal je nama ni...tak silap haku member kilang simen kat kuale dulu...Haa...bila ada bloggers publish gambar depa...confirm member haku...tak sangka la pulak kena dok lokap kejap...tapi dah dibebaskan dengan jaminan polis...ok la tu...sekali sekala wat havoc...biler lagi ye dak???...janji havoc tu bermatlamat dan nak menegakkan perlembagaan...arghhh!!!...tinggalkan la cite tu...kalo nak cite banyak pun kes pun tergantung kat mahkamah lagi...biarlah undang2 yang menentukan...tak pernah ada dalam sejarah satu negeri ada 2 mentri besar...hahaha...masing2 kata ikut undang2...gasakla korang...haku yang ada kat Pulau Mutiara ni akan senantiasa menyokong Menteri Besar Rakyat YAB Nizar dan mengikuti perkembangan negeri haku ni.... everyday machaaa....!!!...skang haku tukar topik dengan pantasnya...lagi 4 hari lagi genaplah umur anak haku 6 bulan...si Zaiff tu...yang si Zahirah lagi 12 hari genap la dia 2 tahun 6 bulan...jap je haku rasa...dah nak setengah tahun dah mamat tu...patut la dah banyak benda yang dia dah pandai buat...menjerit nak susu pun tu diaaaa...kuat giler!!!...haku rasa lagi nyaring dari kakaknya dulu...memang confirm cayor taik telinga haku...haku dah berapa kali dah sakit pala bila bangun pagi...asyik terkejut2 jer...yang si kakak pulak bila terbangun nak susu gemo benor dia nangis...lagi kita pujuk lagi tu la dia jerit kuat2...memang meletihkan telinga...tapi sebenarnya haku happy sangat dapat tengok kelaku anak2 haku...cam2 cara nak tarik perhatian...terutamanya Ira yang selalu sangat jealous kalo tgk Zaiff ada kat atas riba haku atau wife...mesti dia berkata "Jais bubum...Iya pulak" (Zaiff letak kat bawah...Ira pulak) sambil menepuk2 lantai...tu la maksudnya...gelihati pun ada...selagi tak letak mamat tu lagi tu la dia ulang yang tu berulang kali...yang si mamat tu pulak...tak suka letak dia kat bawah...mengibas2 tangan dia nak suruh orang angkat dia...kalo ada orang lalu kulu kelor (lalu lalang) depan dia pas tu wat tak tau je kat dia haaa siapla...nyaring la 'siren bomba' dia...kadang2 tu terpikir plak haku...jiran haku mesti ingat haku dera anak...hahaha...padahal tak ambik dia dukung je dah malalak2...tu la dia Zaiff Azzuddin...adik kepada Zahirah Azlia...haku stop dulu la kat sini...tetiba jer takde idea...!!!
0

Tragedi Rampasan Kuasa

‘TRAGEDI HITAM RAMPASAN KUASA DI PERAK…’ Feb 6th, 2009 By Webmaster Category: Isi II
Oleh : Mohd Ezli Mashut (LL.B (Hons) UIAM
Laman Blog : www.ezli007.blogspot.com / email :ezli007.blogspot.com /
No Tel : 017-6543974
‘Rampasan kuasa oleh UMNO/Barisan Nasional di Perak Darul Ridzuan merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi di Malaysia. Ia umpama merobek kuasa rakyat dengan melalui taktik kuasa wang, ancaman dan ugutan. Apa yang berlaku tidak ubah sepertimana tindakan Kerajaan Zionist Israel yang tidak menghormati pilihan rakyat Palestin apabila memilih HAMAS sebagai kuasa pentadbir …’
‘Dalam PRU-12 DUN Perak, Pakatan Rakyat mendapat 442,660 undi dan BN 399,565 undi (berdasarkan undi polular). Ini menunjukkan 43,095 lebih undi daripada BN. Menafikan pilihanraya baru adalah satu ketidakadilan’….
Situasi politik di Perak semakin meruncing dan rumit. Kejutan politik yang berlaku kini akan menjadi lipatan sejarah hitam tragedi demokrasi kuasa rakyat di Perak Darul Ridzuan. Detik itu juga akan dikenang sebagai hari ‘Kejatuhan Kerajaan Rakyat Perak ‘ ataupun ‘The Fall Of Perak People Kingdom’ kerana saat itu kuasa wang menjadi raja di sana. Taktik kotor dan jijik itu seumpama tindakan Zionist Israel yang tidak mengiktiraf Kerajaan Hamas yang menjadi pilihan rakyat Palestin untuk mentadbir wilayah tersebut.
Tindakan tidak bermaruah ini iaitu penculikan politik, ancam dan ugut juga sebenarnya telah merampas kuasa pilihan rakyat yang telah membuat pilihan sewaktu 08hb Mac 2008. Kuasa yang sah pilihan rakyat ini juga sewajarnya dipelihara dan dihormati oleh semua pihak khususnya kepada ahli-ahli DUN yang telah diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab.
Sebenarnya rampasan kuasa rakyat ini hanya memberi persepsi dan gambaran jelas keadaan UMNO/BN sudah berada di penghujung kuasa dan pengaruh atau ‘The End Of BN Era’. Jika benar UMNO/BN masih mendapat sokongan rakyat, kepimpinan mereka tidak perlu gentar untuk berhadapan dalam PRU-13 atau pembubaran DUN. Rampasan kuasa ini juga menjadi bukti UMNO/BN sanggup ‘by hook or by crook’ melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa tanpa mempedulikan kuasa pilihan rakyat Perak yang telah menobatkan Pakatan Rakyat untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Pada asasnya kini tindakan UMNO/BN merampas kuasa melalui tindakannya hanya akan menyebabkan kerajaan yang dibina bertunjangkan asas-asas yang cukup lemah. Dijangkakan usia kerajaan rampasan kuasa ini hanya akan berkuasa dalam tempoh yang pendek dan penuh pergolakkan. Strategi yang telah dilaksanakan juga akan menjadi asas terbaik untuk Pakatan Rakyat membuka pintu Putrajaya yang dijangka berlaku pada sidang Parlimen bermula 16hb Februari 2009.
Mengikut pemerhatian kita pertukaran kuasa melalui tindakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan kabinetnya yang mengikut kehendak lunas-lunas Perlembagaan Malaysia diyakini bakal berlaku antara minggu keempat dan kelima iaitu antara 09hb Mac 2009 sehingga 19hb Mac 2009 ini. Tarikh tersebut amat sesuai untuk pertukaran kuasa kerana saat itu juga UMNO sedang bergelut di saat akhirnya jawatan-jawatan tertinggi yang akan menjadi faktor berpecahnya perpaduan UMNO secara total.
Tempoh 11 bulan Perak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat walaupun satu waktu yang begitu singkat boleh diumpamakan sebagaimana pemerintahan Khalifah Agung Umar Abdul Aziz. Walaupun tempoh pemerintahan Umar Abdul Aziz hanya 2 setengah tahun, era tersebut dikenang sebagai kemuncak tempoh paling gemilang tamadun Islam. Usia pemerintahan yang singkat bukan menjadi faktor penghalang untuk melaksanakan usaha perubahan dan reformatif. 11 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan terus dikenang oleh rakyat Perak generasi akan datang sebagai era tempoh paling gemilang dalam erti kuasa rakyat kuasa keramat.
Rampasan kuasa oleh UMNO/BN ini boleh diibaratkan sepertimana taktik yang digunakan oleh pihak Zionist Israel dalam menghadapi tentangan daripada pimpinan Hamas di Palestin. Kita melihat gaya dan taktik ala-Mossad ini mula menyerap dalam taktik UMNO/BN di Malaysia. Ketika seluruh dunia mengutuk tindakan kejam serangan Zionist Israel kepada rakyat Palestin. Rupa-rupanya masih ada rakyat Malaysia yang meniru-niru gaya dan taktik pihak yang kejam dan zalim itu.
Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan perlu dipertahankan. Kita melihat tokoh-tokoh pahlawan negeri Perak selama ini yang menjadi pejuang pembebasan menentang penjajah dahulu kini semangatnya kembali memugar. Ketika saat penjajah datang dahulu tokoh-tokoh pejuang seperti Dato Maharajalela, Tok Sagor dan para ulama menunjukkan semangat mempertahankan tanahair dan agama daripada dirobek oleh para penjajah. Tetapi hari ini walaupun penjajah sudah lama diusir tetapi pemikiran dan tindakan UMNO/BN tidak ubah seperti penjajah yang datang ke Perak untuk merampas hak kuasa rakyat melalui rampasan kuasa.Kini pejuang-pejuang yang mempertahankan kuasa rakyat akan menjadi benteng kepada kedaulatan Perak Darul Ridzuan.
Memetik satu catatan bersejarah negeri Perak :
Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat di dalam Hikayat Misa Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair “Sultan Perak Melawat Jajahan Takluknya” sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di zaman tersebut.
Gambaran sejarah di atas menceritakan saat kegemilangan Negeri Perak pada ketika itu. Mungkin gambaran di atas juga akan tercatat dalam sejarah Perak di mana tahun antara Mac 2008 sehingga Feb 2009 akan dikenang sebagai zaman kegemilangan Perak di mana dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang mempunyai kredibiliti dan karektor yang tersendiri. Namun episod bersejarah kebangkitan rakyat negeri Perak dalam mempertahankan Kerajaan Rakyat Perak baru sahaja bermula.
Rampasan kuasa terbaru oleh UMNO/BN ini dilihat akan menjadi titik tolak kepada penolakkan rakyat Perak Darul Ridzuan secara total dalam PRU-13. Apabila kuasa rakyat sudah diinjak-injak oleh penguasa korup ini maka letusan kebangkitan rakyat akan diterjemahkan dengan penolakkan secara total terhadap tindakan yang tidak berpelembagaan dan menolak majoriti pilihan rakyat. Ini adalah episod baru perjuangan rakyat yang akan berterusan bermula detik hari ini. Setelah 11 bulan mandat rakyat dinobat, hari ini menjadi saksi mandat itu dirampas dengan rakusnya oleh UMNO/BN.
Berikut adalah beberapa komen menarik yang dipetik dalam laman Facebook Mohammad Nizar Jamaluddin yang menjadi bukti sokongan tidak berbelah-bagi rakyat Perak dan Malaysia.
Nor Sahidah Bt Hamid wrote at 10:12pm
Tidak pernah sekali pun pemimpin tertinggi BN yang berjiwa seperti dato sri. Sanggup memberi kuliah subuh di setiap masjid. memberi tazkirah di surau-surau jabatan kerajaan.Semua dilakukan tanpa sambutan carpet,kompang dan imbuhan. Boleh menjadi imam dengan wirid yang panjang. Talkin kan jenazah, memberi khutbah tanpa teks. Anak2 yang berjaya dunia…
Mohd Shahrir wrote at 10:14pm
Mereka (BN) tewas kepada nafsu dan ketamakan untuk merampas kuasa..kebencian yang meluap dikalangan seluruh rakyat akan akan terbayar juga Insya Allah…Dato’ Seri terus bersabar. Demi Allah dan Rasul, kebatilan tidak pernah kekal. Allah bersama-sama orang yang sabar
Dheva Naveendran Appavoo wrote at 9:43pm
dato seri, i’ve always regarded you as a very good leader and at this point of time where we are facing this diemma, you can be well assured that all the RAKYAT is in support of you and our prayers will always be there for you and the entire PAKATAN RAKYAT.
Mohd Ezli Mashut wrote at 11:56pm
Rampasan kuasa ini akan menjadi detik kebangkitan rakyat untuk terus mengangkat martabat Pakatan Rakyat di Malaysia. Tragedi ini umpama tindakan Zionist Israel yang menzalimi Hamas di Palestin…Ayuh bangkit rakyat pertahan Kerajaan Rakyat Perak…Sehingga artikel ini ditulis komen-komen sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin terus diterima daripada seluruh pelusuk negeri dan dunia. Ini menjadi bukti bahawa sokongan rakyat semakin meningkat. Intelek rakyat pada hari ini tidak boleh dipermain-mainkan lagi oleh putaran media yang bias dan mengampu.
Rampasan kuasa ini tidak akan berakhir sehingga rakyat kembali bersuara dan menunjukkan kuasa keramatnya. Kita yakin di akhir episod kemelut politik di Perak ini akan lahir hero-hero rakyat yang akan terus mempertahankan kuasa keramat rakyat.
Akhirnya, rampasan kuasa ini akan terus dikutuk sepanjang generasi akan datang. Buku-buku sejarah akan mencatatkan peristiwa hitam ini sebagai detik matinya kuasa rakyat. Namun sejarah perjuangan ini masih bermula. Anda yang sedang membaca ini adalah bakal-bakal hero dan pejuang yang akan menghiasi buku-buku sejarah akan datang jika menjadi benteng pertahanan terakhir mempertahankan kuasa Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan. Ayuh..rakyat Malaysia semua kita bangkit pertahan perjuangan kita daripada tindakan dayus dan zalim ini.
0

Redupnya Darul Ridzuan

Setelah berdebar menanti keputusan dari semalam hinggalah hari ni...akhirnya terungkai la jugak kekusutan yang melanda lanskap politik negeri Perak...krisis kepimpinan kerajaan negeri akhirnya dapat juga diselesaikan dengan campur tangan istana...mengikut keadaan politik semasa negeri Perak...Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi, Barisan Nasional juga 28 kerusi manakala 3 kerusi diwakili oleh 'mangkuk' yang mengaku diri mereka bebas...takde keputusan majoriti kat sini...kecuali '3 mangkuk tingkat' tu sudah pun menyatakan sokongan penuh dan yang teramat 'padat' kepada parti penguasa...menjadikan kedudukan sekarang 31 berbalas 28...Oleh terjadinya begitu mereka pun terus mengisytiharkan yang mereka telah mendapat mandat yang mencukupi untuk mentadbir kerajaan Perak...adapun begitu...nak menumbangkan kerajaan asal tidaklah semudah nak menendang bola...mengikut undang2 tubuh kerajaan negeri Perak...hanya ada 3 saja keadaan yang memungkinkan boleh bertukar kerajaan...yang pertama..tuanku berkenan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya segera bagi seluruh negeri...kedua...Sultan menasihati MB supaya meletak jawatan dan seterusnya memberi mandat kepada pihak oposisi...dan yang ketiga...memanggil sidang khas DUN untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan yang sedia ada...dalam ketiga2 keadaan nih...haku lebih prefer tuanku memilih opsyen yang pertama kalo berdasarkan mood politik negeri Perak...Barisan Nasional dengan secara hormatnya telah mendapat 'signal' yang jelas pada PRU12 mac yang lalu...di mana rakyat menolak mereka dalam 'perkiraaan undi rakyat'...10 bulan berselang...kerajaan Perak diuji...berlakulah episod lompat-melompat yang tak ketahuan nih...dan telah menggugat kepimpinan kerajaan pakatan rakyat Perak...malangnya...keputusan dah dibuat...tuanku tidak memperkenan usul sidang DUN dibubar...sebaliknya tuanku menasihatkan agar MB Nizar dan EXCO meletak jawatan...haku merasa macam ada je yang tak kena kat sini...persoalan yang berlegar2 kat kepala hotak haku nih...pg td Speaker DUN Perak dah memfailkan kes kat Mahkamah Tinggi untuk mengesahkan yang kerusi bagi DUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang sudah dikosongkan kerana surat perletakan jawatan badut2 tuh...nape tuanku tak nak tunggu???...memang baru difailkan tadi...tapi bolehlah diguna pakai dulu opsyen ketiga tadi...lagi yang haku agak fenin...tuanku tak baca paper ke????...berkenaan dengan pendakwaan kes rasuah yang akan dibicarakan 10 febuari nih???...kenapa tuanku sanggup dengar sokongan dari mulut2 badut yang mempunyai rekod yang boleh diragui???...yer betul mereka tidak dibuktikan lagi bersalah di mahkamah...tetapi berdasarkan kenyataan mereka semasa disoal siasat dahulu oleh BPR (kini SPRM)...nyata mereka terlibat...siap kata rasuah tu sedekah lagi...tak ke pelik tu???...adalah lebih baik sokongan badut2 tu di'KIV' dulu sehingga prosiding kes selesai...tuanku kan pernah menjawat jawatan Ketua Hakim satu ketika dulu...mesti tau prosedur...yang SPR pulak dah melanggar batas kerja...kalo diikutkan masa surat letak jawatan badut2 tu sampai kat speaker...otomatik la dalam 60 hari ada pilihanraya kecil...ni tidak...SPR sendiri yang memandai kata takde prk...tu kerja SPR ke???....wat la keje sendiri, takyah ler langgar jurisdiction orang lain...skang nih...adalah lebih baik tuanku kena refresh balik bende2 nih (tapi dah lambat dah)...persoalannya sekarang...sape yang lawan kuasa sultan???...sapa yang cabar undang2 tubuh kerajaan negeri.???...perkara2 macam ni harus diambil kira sebelum tuanku membuat keputusan tadi...adalah lebih baik dibubarkan saja DUN dan memberi hak untuk rakyat memilih kerajaan mereka...biar rakyat yang tentukan...dengan keadaan politik 'main sorok2' ni...(jijik plak haku rasa)...aku rasa amat sedih bila mengenangkan tuanku membenarkan golongan penyamun dan perasuah ni mentadbir negeri...dan seterusnya menidakkan kerajaan yang lebih berkebajikan berkhidmat untuk rakyat...bukan bangunan tinggi atau jambatan terpanjang yang rakyat pinta...cuma tolonglah jaga kebajikan rakyat khususnya penduduk miskin kat negeri Perak tu...dalam masa yang sama...janganla songlap harta rakyat...nanti yang boroi depa...yang kat kampung tu miskin camtu jugak...kot mana pun, akhbar arus perdana dah gebang yang esok akan ada majlis angkat sumpah MB dan kepimpinan baru ciptaan Barisan Nasional...yang MB Nizar pulak masih mengatakan dia masih MB kat Perak di mana dia akan memohon mengadap tuanku wat kali kedua...sifat me'lawan' sampai keringat terakhir harus dipuji...tapi bila direnung kembali apa yang berlaku hari ni mungkin ada rahmat yang besar disebaliknya...takpela Nizar...berundur pun secara 'jantan'...tewas tak bererti kalah...depa menang pun dengan cara yang tak elok (cam bacul je)...takpe...masa PRU13...haku rasa dengan memori 'tragedi Perak' nih...Barisan Nasional nih tinggal nama je la...
0

Rehat Sejenak Bersama Tag..!!!

Dalam aku menanti2 keputusan dan keadaan yang agak hangat dari tanah airku...Perak...haku nak rilek2 jap...kebetulan ada tag yang kena haku selesaikan....haku jawab sekarang....

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
takde la pulak...

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Bulan Januari 2009...hish...dah lama dah...usahla dikenang!!!

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Sememangnya haku amat menyukainya...!!!

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAL?
Nasi putih bergabung dengan ayam panggang dan bergabung juga dgn tempe goreng...dan jangan lupa aneka kuah disertakan sekali...

5. DO YOU HAVE KIDS?
Yep...Zahirah Azlia dan Zaiff Azzuddin

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Hei apa punya soklan nih..??...semestinya la...dal la baik,ensem...sapa yang takmo kawan???

7. DO YOU USE SARCASM?
Haku tak jelas ngan soklan hih...pebende tuh????

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSIL?
Takde kot...tonsil tu bukan penyakit kat tekak ke???

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Tak pernah dan tak akan lakukan...

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Semua produk cornflakes...

11. DO YOU UNITE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Ikut kerajinan dan kepadatan tempat kasut...kalo tak secure..cepat2 aku unite kan...

WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Semua haku suka...tapi yang paling suka...ice cream vanilla

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Ke'jambu'an wajahnya...bule ke haku jawab camtu????

15. RED OR PINK?
Black....sebab haku tak suka dua2 warna di atas...

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVORITE THING ABOUT YOURSELF?
Suka menangguh kerja dan tugasan...

17. WHO DO YOU MISS THE MOST ?
Paling dirindui...nun kat bumi kiwi tuh...adi dan zaza

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
Kalo rajin buat...tak nak buat sudah...

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Suar jeans warna biru, slipar itam cap ASADI...

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Riuh rendah suara costumer haku main games...

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
Hitam

23. WHAT IS YOUR FAVOURITE SMELLS?
Bau bantal busuk Zaiff Azzuddin

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
Wife haku...

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Suke...adala sikit...

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
English Premier League ngan WWE wrestling

27. HAIR COLOUR?
Persis warna bendera negeri kelahiranku...Terengganu Darul Iman...tapi yang putih tu takla banyak sangat..

28. EYE COLOUR?
Blue...(kalo pakai contact lens)...biasa itam kot...

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Wat masa skang nih tak la...

30. FAVOURITE FOOD?
All type of Nasi ber'warna' dan nasi goreng

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Happy endings kot....kan banyak filem camtu....

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Eagle Eye...kat panggung 4, Queensbay Mall...Penang

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
Black colour...

34. SUMMER OR WINTER?
Summer...tak pernah rasa winter pun...tgk winter olympics ada la...

35. HUGS OR KISSES?
Haku prefer dua2...hahaha

36. FAVOURITE DESSERT?
Ice Cream (kalo ada)...tak pun buah2...(mempelam saja tau)...len haku tak suka...!!

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
Tentang politik nasional semasa....

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
Benda yang merenyang kepala hotak haku....

39.WHAT BOOK ARE YOU READING?
Buku hutang masa kat kedai haku...

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
mouse la...abih tu benda ape lagik...

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Konsert Akedemi Fantasia 6...Nadia nyanyi...best jugak..!!!

42. FAVOURITE SOUND(S)?
Bunyi dengkuran Ira ngan Zaiff....tak lupa juga bunyi cash register haku terbuka...hahaha

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
Beatles...klasik gitu..!!!

44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Haatyai...Thailand....sawadikaaaappppp!!!!!

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
Yang ni aku tak berapa pasti...menari shuffle kot???...slalunya aku buleh wat orang tersenyum dan ketawa...tu kot talent yang ada

46. WHERE WERE YOU BORN?
Mengikut gambar, no IC dan juga cerita2 family...haku dilahirkan di Kemaman, Terengganu Darul Iman

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Wife haku...Puan Yusliha...jawab jangan tak jawab
0

Hangatnya Darul Ridzuan


Bermula dengan kisah 'hilangnya' dua orang adun Perak yang juga merangkap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (atau dengan nama yang lebih glamour...EXCO)...selama 5 hari...tidak diketahui kemana menghilangnya depa2 nih...jangankan bos depa (MB Nizar)...family pun tak tau kemana...(tak tau ke???)...jenuhla di wartakan sekalian alam tentang kehilangan 'badut2' nih...si badut Behrang ngan si badut Changkat Jering...hinggalah memaksa Nizar untuk membuat kata putus yang mana meminta agar dua2 Adun nih menyatakan pendirian mereka...kerana ada desas desus mengatakan yang mereka 'telah' dibeli oleh sang penguasa...baru la dua2 badut ni nak bersuara...tu pun melalui pegawai khas mereka...(khas ke???)...ada yang kata sakit...kata ada MC tapi tinggal kat ofisla (dah la tu tak submit mc...inform kat bos pun tidak)...dapatkan rawatan kat Pahang la...haku pun orang Perak jugak...pernah la merasa dok kat Ipoh dulu...melambak2 hospital kat sana...siap ada specialist lagik...jadi...jadah hape berubat kat Pahang???...kalo kata nak cari tok batin pun takyah gi Darul Makmur tu...kat kampung orang asli Simpang Pulai pun ade...apa yang dia merepek tu???...bila dah orang banyak tanya disalahkan pulak pucuk pimpinan parti negeri...seolah2 meminggirkan mereka...hilang tak berkabo...pehtu nak bising2 pulak...amende tuh???...alih2 seperti yang sudah dijangka...hari ni badut2 tu pun turut serta dalam sidang media yang telah diadakan kat Putrajaya (nak lepas kes 10 Febuari la tu...ala..bicara kes rasuah tu...)...disertai jugalah badut dari Bota ngan Badut Jelapang...seterusnya...sang penguasa telah mengumumkan yang mereka dah ada kuasa kat Perak...kalut la si Nizar...jenuh la dia mohon nak mengadap tuanku...dan seterusnya nak mendapatkan perkenan tuanku untuk membubarkan DUN...tak sangka la pulak rasanya haku yang turut terlibat adalah Nasa (haku benci la nama nih)...sibadut Bota...si katak besar yang baru melompat dari parti sang penguasa...baru 10 hari je pehtu lompat balik...ni lagi dasyat dari badut Pasir Mas dulu...melompat dengan cepat...(katanya masuk parti penguasa sebab nak berada dalam parti yang kukuh dan stabil...habih tu...pendirian badut ni 10 hari yang lepas tuh hape????...)...aku taktau la pulak kalo ada 'urusniaga' kat sini...yang ni haku tak nak sentuh...perkara ni antara depa ngan tuhan...dah beso dan cukup tua dah...pikir la sendiri...yang haku tau...baru je kejap tadi si Nizar bagitau kat media... esok baru dapat keputusan hakiki samaada bubar atau tidak DUN negeri Perak...kalo bubar...canteekkk!!!...akan ada pilihanraya di seantero pelusuk Perak...baru la kita dapat tengok 'kuasa rakyat'... kalo tak...otomatik la Perak dapat MB baru dari parti sang penguasa...(dah la sentap macam penyamun...!!!...sorok sana, sorok sini)...haduiii..!!!...aku agak terkilan la jugak...kalo yer pun nak gasak PR...tunggu la selepas semua sambutan Jubli Perak Sultan Perak selesai...semalam baru je Perak dapat public holiday...ari ni...dah kepimpinan Nizar kena gasak..!!!...agak2 la!!!...hormat la tuanku!!!...nak nunggu 25 tahun lagi rasanya memang tak sempat dah...bagi la tuanku dapat merayakan pemahsyuran sambutan Jubli Perak bersama rakyat dalam keadaan negeri yang tenang...kalo la haku jadi tuanku...haku dah murka dah!!!....kelam kelibut negeri 'beta' dibuatnya...!!!...kita tunggu sajala besok...pe2pun aku doakan segala yang terbaik buat negeri Perak...tempat haku membesar, mendapat ilmu dan memulakan hidup...diharapkan agar tuanku dapat membuat keputusan dengan baik dan seadil-adilnya untuk rakyat Perak.. jadikanlah institusi beraja tempat rakyat jelata selamat berpayung....patik menjunjung kasih tuanku....DAULAT TUANKU...!!!!...(gambar hiasan : MB Nizar bergambar bersama Exco dan Adun PR sebelum mengadap DYMM Sultan Azlan Shah)
 
Copyright © SEBUAH KARYA AGUNG