Redupnya Darul Ridzuan

Setelah berdebar menanti keputusan dari semalam hinggalah hari ni...akhirnya terungkai la jugak kekusutan yang melanda lanskap politik negeri Perak...krisis kepimpinan kerajaan negeri akhirnya dapat juga diselesaikan dengan campur tangan istana...mengikut keadaan politik semasa negeri Perak...Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi, Barisan Nasional juga 28 kerusi manakala 3 kerusi diwakili oleh 'mangkuk' yang mengaku diri mereka bebas...takde keputusan majoriti kat sini...kecuali '3 mangkuk tingkat' tu sudah pun menyatakan sokongan penuh dan yang teramat 'padat' kepada parti penguasa...menjadikan kedudukan sekarang 31 berbalas 28...Oleh terjadinya begitu mereka pun terus mengisytiharkan yang mereka telah mendapat mandat yang mencukupi untuk mentadbir kerajaan Perak...adapun begitu...nak menumbangkan kerajaan asal tidaklah semudah nak menendang bola...mengikut undang2 tubuh kerajaan negeri Perak...hanya ada 3 saja keadaan yang memungkinkan boleh bertukar kerajaan...yang pertama..tuanku berkenan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya segera bagi seluruh negeri...kedua...Sultan menasihati MB supaya meletak jawatan dan seterusnya memberi mandat kepada pihak oposisi...dan yang ketiga...memanggil sidang khas DUN untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan yang sedia ada...dalam ketiga2 keadaan nih...haku lebih prefer tuanku memilih opsyen yang pertama kalo berdasarkan mood politik negeri Perak...Barisan Nasional dengan secara hormatnya telah mendapat 'signal' yang jelas pada PRU12 mac yang lalu...di mana rakyat menolak mereka dalam 'perkiraaan undi rakyat'...10 bulan berselang...kerajaan Perak diuji...berlakulah episod lompat-melompat yang tak ketahuan nih...dan telah menggugat kepimpinan kerajaan pakatan rakyat Perak...malangnya...keputusan dah dibuat...tuanku tidak memperkenan usul sidang DUN dibubar...sebaliknya tuanku menasihatkan agar MB Nizar dan EXCO meletak jawatan...haku merasa macam ada je yang tak kena kat sini...persoalan yang berlegar2 kat kepala hotak haku nih...pg td Speaker DUN Perak dah memfailkan kes kat Mahkamah Tinggi untuk mengesahkan yang kerusi bagi DUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang sudah dikosongkan kerana surat perletakan jawatan badut2 tuh...nape tuanku tak nak tunggu???...memang baru difailkan tadi...tapi bolehlah diguna pakai dulu opsyen ketiga tadi...lagi yang haku agak fenin...tuanku tak baca paper ke????...berkenaan dengan pendakwaan kes rasuah yang akan dibicarakan 10 febuari nih???...kenapa tuanku sanggup dengar sokongan dari mulut2 badut yang mempunyai rekod yang boleh diragui???...yer betul mereka tidak dibuktikan lagi bersalah di mahkamah...tetapi berdasarkan kenyataan mereka semasa disoal siasat dahulu oleh BPR (kini SPRM)...nyata mereka terlibat...siap kata rasuah tu sedekah lagi...tak ke pelik tu???...adalah lebih baik sokongan badut2 tu di'KIV' dulu sehingga prosiding kes selesai...tuanku kan pernah menjawat jawatan Ketua Hakim satu ketika dulu...mesti tau prosedur...yang SPR pulak dah melanggar batas kerja...kalo diikutkan masa surat letak jawatan badut2 tu sampai kat speaker...otomatik la dalam 60 hari ada pilihanraya kecil...ni tidak...SPR sendiri yang memandai kata takde prk...tu kerja SPR ke???....wat la keje sendiri, takyah ler langgar jurisdiction orang lain...skang nih...adalah lebih baik tuanku kena refresh balik bende2 nih (tapi dah lambat dah)...persoalannya sekarang...sape yang lawan kuasa sultan???...sapa yang cabar undang2 tubuh kerajaan negeri.???...perkara2 macam ni harus diambil kira sebelum tuanku membuat keputusan tadi...adalah lebih baik dibubarkan saja DUN dan memberi hak untuk rakyat memilih kerajaan mereka...biar rakyat yang tentukan...dengan keadaan politik 'main sorok2' ni...(jijik plak haku rasa)...aku rasa amat sedih bila mengenangkan tuanku membenarkan golongan penyamun dan perasuah ni mentadbir negeri...dan seterusnya menidakkan kerajaan yang lebih berkebajikan berkhidmat untuk rakyat...bukan bangunan tinggi atau jambatan terpanjang yang rakyat pinta...cuma tolonglah jaga kebajikan rakyat khususnya penduduk miskin kat negeri Perak tu...dalam masa yang sama...janganla songlap harta rakyat...nanti yang boroi depa...yang kat kampung tu miskin camtu jugak...kot mana pun, akhbar arus perdana dah gebang yang esok akan ada majlis angkat sumpah MB dan kepimpinan baru ciptaan Barisan Nasional...yang MB Nizar pulak masih mengatakan dia masih MB kat Perak di mana dia akan memohon mengadap tuanku wat kali kedua...sifat me'lawan' sampai keringat terakhir harus dipuji...tapi bila direnung kembali apa yang berlaku hari ni mungkin ada rahmat yang besar disebaliknya...takpela Nizar...berundur pun secara 'jantan'...tewas tak bererti kalah...depa menang pun dengan cara yang tak elok (cam bacul je)...takpe...masa PRU13...haku rasa dengan memori 'tragedi Perak' nih...Barisan Nasional nih tinggal nama je la...

0 kritikan yang diterima:

 
Copyright © SEBUAH KARYA AGUNG