0

TERKELENYUK KE???....KOMPOM!!!

12 jam yang lalu...aku seperti biasa bertugas kat kedai...cuaca pun mendung kat luor...'mandom' tu jangan cerita la, memang ber'mandom2' rasanya...ada customer pun sorang jer la time tu, buat printing...tiba2 lagu MP3 'Through My Window dendangan Bunkface berkumandang...maknanya ada incoming call kat handset aku...terpapar nombor pengasuh aku, biasanya deme nak inform yang 'bekalan tenaga' anak aku kat rumah deme (Susu Tepung) nak habis...tapi lain pulak nada pengasuh anak aku kali ni...rupanya deme nak inform yang dia baru balik dari hospital kerana ditimpa kemalangan motor...adoihhh!!!...''kena kat mana Maksu???...teruk ke'???...''....tanya aku risau...''...Maksu eksiden motor dengan Syaza (anak Sulung Maksu) betui2 depan Masjid Daerah...terlanggor apek sayor yang naik beca roda tiga tu...''....dari gaya penceritaan Maksu yang seterusnya nyata perbuatan apek tu yang telah memungkinkan kemalangan ni berlaku...apa nak kata lagi dah, perkara tu dah ditakdirkan untuk terjadi....''lagi satu Maksu nak mintak tolong kat Eddie la, ni Ira dan Zaiff kena amik bawak balik...Maksu retak kat pergelangan tangan...Syaza pulak tergeliat tangan...tak buleh nampaknyer nak manage bebudak ni....nak angkat pun susah...''....uishh!!...teruk jugak tu....''okeh2 Maksu....eddie letak tepun sat yer.....eddie nak bincang dengan Yus dulu..''....

setelah berbincang dengan orang rumah aku (time tu dia tengah busy menjalankan tanggungjawab untuk menghias serba serbi kat dewan Kolej tempat dia mengajor (AJK hiasan tuuuuu), untuk majlis Jamuan Hari Raya kolej pada hari ni (sewaktu post ini dititipkan)...aku pun buat keputusan untuk mengambil anak2 dari pengasuh...memandangkan kebetulan pelanggan pun takde kat kedai time tu, jadi mudah la aku nak tutup kedai pada hari tu...Emergency Leave angkat mari!!!!....

Masa post ni sedang di cipta...jarak masa 12 jam sudah pun berselang...anak2 aku Zahirah Azlia dan Zaiff Azzuddin sudah pun berada di rumah To'ki deme kat Kemunting, Taiping...nak taknak aku terpaksa hantor kesana....kedai aku kena run, orang rumah pulak tak buleh amik cuti lantaran kena jalankan kelas2 pembelajaran untuk sutdent2 dia....kepada To'ki dan Opah la yang yang buleh kami harapkan...kebetulan adik perempuan aku ada kat rumah tu jugak....buleh la dia tengok2 kan anak2 aku tu....(komer jangan buat hei yer kat rumah To'ki tu)...eheksss!!!...

pulangnya aku ke rumah malam nanti...aku bakal pasti akan berhadapan dengan situasi yang amat 'janggal' pada diri aku...rumah tak berselerak dengan barang2 mainan, suasana pasti akan senyap sunyi tanpa bunyi2 'manja dan nakal' untuk dibancuhkan susu...tiada lagi permintaan untuk bermain bersama dengan mereka...entahla...pasti akan pelik nanti....semua ni aku kena lalui untuk tempoh masa dua minggu lagi...kami betul2 tiada pilihan.....Ira dan Yaihh, abah rindukan 'RIUH DAN CELOTEH' komer dua...sapa nak teman abah buang sampah???....muhahhahahaha......komer tenang2 aja yer,lagi dua minggu abah dengan ibu amik ....!!!!!

p/s : tak dilupakan juga ucapan khas untuk Abah, Che serta Ella, terima kasih sangat2....!!!!

roll out!!!!
0

MENYAMBUNG HASRAT (Episod Akhir)

Cara permakanan Crayfish ni adalah antara yang termudah...sampai ada yang berkata didalam ruangan forum internet, nak membela dan menjaga Crayfish adalah lebih mudah dari menjaga ikan keli...(ikan keli pun senang ape!!)...Crayfish adalah datang daripada keluarga Omnivor...yang mana ia mampu memakan tumbuh-tumbuhan, haiwan2 kecil (udang) serta organisma yang wujud didalam air akuarium tersebut...kismis, karot, isi udang / ayam...memang menjadi kegemaran Crayfish...(takat ni aku bagi flake food jer, makanan ikan yang mempunyai kandungan ikan, udang, alga dan spirulina)...tu pun best jer dia hentam...ehehhe!!!

Crayfish ni adalah spesies yang 'kedekut'...kedekut dalam erti kata tak buleh nak berkongsi2 kawasan...tu pasal hajat aku nak menambah seekor lagi crayfish telah aku tangguhkan buat seketika (post terdahulu)...mengikut info, sekiranya akuarium kita mempunyai kapasiti 90 gelen atau lebih, baru la 'afdhal' untuk meletakkan lebih dari seekor Crayfish dalam tangki tersebut...dikhuatiri akan berlakunya episod 'pertumpahan darah' antara Crayfish2 tersebut...(bagus!!!...mempertahankan hak, i like!!!)...dan sekiranya tangki akuarium kita dasarnya berasaskan pasir2 halus...jangan terkejut la kalau2 pagi nanti, kita pun muka dok sememeh lagi baru bangun tido, dah timbul2 gua2 dan suasana baru yang akan wujud dalam tangki tersebut....sikapnya suka menyorok yang memungkinkan aktiviti2 'perlombongan pasir haram' tersebut akan berlaku...ehehhehe!!!...dan kalau ada batang2 paip PVC saiz2 badan udang ni pun buleh dibuat tempat persembunyian...kerat dalam 2-3 inci...tabur dalam tangki...tapi si Crayfish ni suka buat terkejut (dalam ertikata lain, errr....menerkam)...dah la Silver Shark aku tu ada yang saiz2 sederhana kecil...kang tak pasal2 'sakit jantung' pulak bila kena sergah dengan Crayfish aku tu...kunun2 nak mencari makan kat hujung batang PVC, alih2 muncung2 ikan abess kena kepit dengan penyepit besor dia tu....

Okeh...Bilamana dikatakan dia juga adalah antara pemburu terhebat (rasanya laa)...jelas dibuktikan didalam video yang aku lampirkan dibawah...jadi pada penggemar2 ikan emas ataupun ikan minnows!!!....jangan la letak Crayfish sekali dengan ikan2 anda...pasti akan berkurang bilangan ikan2 ada itu...ehehhehe!!!...even pada hari pertama Crayfish aku menginap dalam tangki, aku letakkan la udang2 hidup kecil kunun2 untuk buat brekfast, lunch dan dinner si udang kara sekor tu...alih2 tu pun 'salam hormat' dibuatnya dalam masa sehari jer...(ni mesti Silver Shark aku tu tumpang seinsang!!!...)...muhahahaha!!!




Kiranya minat aku terhadap Crayfish ni amatlah baru...sedang terhegeh2 lagi...tapi dalam pada tu mungkin aku buleh jadikan ia sebagai salah satu cabang ilmu untuk aku pelajari (asyik2 elektronic gadget jer)...bukan sekadar terhad kepada Crayfish sahaja...malahan kepada semua spesies ikan2 hiasan...kerana ia memang menjadi minat aku sejak dari dulu lagi...cuma masa, keadaan saja yang tak mengizinkan...mungkin kalau 'eksperimen' aku terhadap Crayfish ni dilabelkan berjaya...berkemungkinan aku akan lebih2 'serius' untuk menambah ahli2 Crayfish didalam rumah aku...(maknanya kena tambah akuarium + adjust ruang rumah + berlakunya peningkatan bil elektrik + kena bebel dengan wife aku)...ahhahaha!!!....

roll out!!!


0

MENYAMBUNG HASRAT (Episod 2)

Sejak aku memiliki seekor freshwater lobster ni...(atau lebih dikenali dengan nama Crayfish, Crawfish, Crawdad)...aku semakin rajin untuk mengetahui hal ehwal akuarium aku tu...balik2 kerja jer terus aku perhatikan dan mengira 'penduduk2 bernyawa' yang ada kat dalam tu...mana tau kan kot2 dah semakin kurang yang mana aku sendiri yang tak perasan...ini berikutan kajian yang telah aku lakukan melalui 'Pokchek Google'...banyak info2 baru yang aku pelajari berkaitan dengan penjagaan Crayfish ni (saya budak baru belajar)...antaranya sifat, cara pemakanan, kehidupan dan sebagainya...dalam post ini, aku akan ceritakan serba sedikit berkenaan tentang sifat dan cara kehidupan si Crayfish ni....

Setelah diamati dan dilakukan sedikit penyelidikan baik dari kedai ikan hiasan mahupun dari data internet...baru aku tau yang aku kini memiliki seekor Crayfish yang berasal dari Australia...Redclaw Crafish...atau dengan nama binomialnya Cherax Quadricarinatus...berkemampuan untuk membesar sehingga mempunya keberatan 600g ataupun 21 Oz...(sekarang ni tak tau la berapa beratnya...masa baru beli hari tu tak sempat timbang la pulak...ehhehe)



antara 'perangai' Crayfish ni (tak kira la spesies apa pun, pasal dalam dunia ni ada 150 spesies)...adalah 'beliau' adalah sejenis yang pemalu...kalau dalam akuarium tu pun dia akan berusaha untuk menyembunyikan diri tak kisah la dicelah2 driftwood ataupun dicelah2 filter pump...kejap2 jer dia keluar menampakkan diri...ia juga adalah antara spesies binatang yang bersifat Nocturnal...iaitu agressif di waktu malam berbanding siang...juga tidak dilupakan beliau adalah salah satu daripada pemburu atau pemangsa yang baik...(mula2 macam tak percaya)...tapi setelah diamati video2 yang ada didalam 'Tiub Kamu' dan juga pemerhatian secara langsung dan original via akuarium aku, memang diakui...dia memang pantas...(mujur ikan2 Silver Shark aku ni adalah dari jenis2 yang agak cergas berenang, kalo tak dapat makan free jer la si Crayfish aku tu)...

kalo diamati post aku yang terdahulu...MENYAMBUNG HASRAT...ada diberitahu yang aku amat risaukan Crayfish aku ni suka memanjat...rupa2nya memang dia memang jenis rupa tu...akan cuba memanjat untuk keluar dari air...selagi buleh semua wayar2 hos dan kabel dia nak kepit...(nak buat aktiviti sun bath kot!!!...hehehe)...yang aku ni risau la kot2 dia akan mati kekurangan sumber pernafasan nanti masa kat permukaan, tapi mengikut fakta dia boleh bertahan sehingga beberapa jam (tak tau la berapa jam)...tapi for sure perbuatan dia tu adalah tidak BAIK untuk dirinya sendiri...(kompom padam punya!!)...lantaran tu, segala lubang yang ada kat tudung akuarium aku (yang mempunyai potensi untuk dia bolos...etc : lubang water hose pump, power supply cable untuk filter pump dan water heater) telah aku tutup...risau jugak kalau2 dia keluar...dia takkan mati kerana kurang oksigen...takut2 dia mati menemui ajal akibat terjatuh dari akuarium yang tinggi dari lantai....eheksssss!!!...


Redclaw crayfish (Cherax Quadricarinatus)



p/s - hajat di hati nak tambah lagi sekor dalam akuarium aku petang ni....tapi tak buleh la pulakkk!!!....kenapa????....nantikan alkisahnya dalam MENYAMBUNG HASRAT (Episod Akhir).....

roll out!!!





0

MENYAMBUNG HASRAT

Episod perpindahan aku ke rumah baru (rumah sewa jer), telah menghadirkan idea baru yang dah lama terperap (lepas kematian ikan2 hiasanku secara besar besaran pada akhir tahun 2008)...akuarium yang dah lama terbiar sepi, ingin aku membawakan kembali sinar2 zaman kegemilangannya yang dulu (ada la dalam setahun yang sudah, pasal cerdik sangat...time cuci akuarium dibantainya cuci abess satu akuarium...batu kasi basuh abess, ayor tukor satu akuarium...pendek kata memang nak bagi bersih suci balik laaa...padahal tu semua adalah faktor utama yang membuatkan semua ikan2 aku dulu terapung di permukaan ayor...tapi sekarang tidak lagi!!!...dah cerdik lagi sket...tukor ayor pun 1/3 dari ketinggian akuarium...hehhehe)...biler dah pindah tu kena la cuci akuarium tu segala bagai...letak2 jer akuarium tu kat rumah, tetiba rasa kosong pulak....dengan semangat yang membara...yaa!!!...akuariumku harus aku perisikan semula dengan ikan2, udang2, ketam2...(yer la sangat) agar hidup akuariumku kembali ceria....rumah sewa baru mesti kelihatan ceria!!!....ahhahaha!!!

dengan bermodalkan 38hengget (barang2 asas semua elok lagi, just top up2 sket jer peralatan )...akuarium aku kembali cantik 'bernyawa'...dengan kali ni aku nekad hanya mahu meletakkan ikan hiasan yang bersaiz besor2 sahaja (yang kecik2 ni macam guppy semua bagai ni manja sangat....letih nak jaga)...hanya dengan perkiraan matematik yang mudah dan bermodalkan isi dompet dengan kadar RM2 seekor...10 ikan Silver Shark atau dengan nama binomialnya Balantiocheilos melanopterus telah aku letakkan didalam akuarium tersebut...di samping dua ekor ikan 'Majlis Perbandaran' atau dengan nama saintifiknya Ancistrus...tak perlu ikan yang terlalu banyak kerana akuarium aku cuma bersaiz 3 kaki panjang sahaja...pump motor, batu-batuan, suction filter pump motor, ferris wheel (untuk mengembirakan ikan) semua masih dalam keadaan yang baik...cuma memerlukan sedikit saja sentuhan (konon) untuk menghias keadaan dalaman akuarium aku ni lantas aku telah menambah dua tongkol kayu bakau (RM5 setiap satu) untuk menampakkan yang akuarium aku ni betul2 'hidup' dan ceria...kalau ceria, ikan2 mesti ceria kan???...(konon lagi)...ehhehehehhe!!...bagi makan pun takde la macam dulu...bagi sekali sehari jer sudah...dulu jer asal time aku makan, ikan2 tu pun aku bagi makan...last2 ada yang mati kekenyangan....ikan gapi aku semua perutnya keras kebuncitan...dan setelah dikaji2....baru tau rupanya yang ikan ni tak buleh makan banyak kali...deme takkan mati pasal tak makan, cuma deme akan mati kalo banyak makan....baru tau!!!!....ehehhehe

Setelah sebulan berlalu, semua ikan2 aku hidup dengan cerianya didalam akuarium tersebut...sisik Shark semakin berkilat...hinggalah pada bulan ramadhan yang baru berlalu, tragedi lama kembali berulang, dimana kedua2 ekor ikan perbandaran aku telah 'menghembuskan nafas' melalui insangnya yang terakhir...sebab musababnya memang tidak diketahui....(mungkin kerana saiznya yang kecil kot)...menjadikan ahli akuarium sudah berkurangan menjadi 10 ekor sahaja....sian kat Shark aku....

Nak dijadikan cerita...kelmarin pergi la aku mencari ikan perbandaran tu di Bayan Baru...tapi nasib tak baik, ikan tu rupa2nya udah sold out (mungkin lepas raya gamaknyer, banyak orang beli pasal nak kena buat kerja mencuci cucian...thee hee heee!!!)...frust pulak rasa...dah la kedai ikan tak banyak kat sini...dalam dok berkira2 tu tiba2 mata ni terpandang kepada satu akuarium di dalam kedai tu...lawa2 pulak menatang marin ni...kubaca2 description kat kaca akuarium tu....tertulis ayat freshwater lobster....kelihatan macam menarik...''eerrrr...tauke!!!...ini udang buleh campur2 dengan ikan ka???''....tauke tu menjawab...''ini lobster buleh masuk sama2 dengan ikan...cuma jangan ikan gapi, ikan emas saja...pasai udang ni spesies yang diketegorikan sebagai jenis yang Semi-aggressive''...haaaa, cantik sangat la tu...memang satu 'perangai' dengan ikan Silver Shark teman tu....''ceduk satu ekor angkat mari"...kata aku....hehehe...dari ingat nak cari ikan perbandaran alih2 mari udang kara pulak dah....tapi saiznyer takde la besor...ada la kira2 dalam sejengkal..(campur panjang sepit dia sekali)....aku beli sekor cadangnya hanyalah untuk buat ujikaji kat rumah...maksud aku ujikasi keasimilasian bersama2 dengan2 ahli akuarium yang lain....harap2 kali ni semuanya akan panjang umur...kalo lobster tu buleh hidup, pastikan aku mencari pasangan buatnye nanti...hehhehehhe....

Sewaktu nak pergi bertugas tadi...aku membelek2 akuarium aku tu...mencari dan mengira bilangan benda2 bernyawa (hari2 menjadi rutin, bayangkan kalo ikan tu semua ikan gapi...mau berpinor bijik mata)...kira punya kira punya kira, lobster aku tak kelihatan...haaa!! sudah!!!....mana pulak perginya????...kena baham dengan Silver Shark ke????....timpa dek tongkol kayu bakau ke????...dalam dok mencari2 tu rupa2nya baru terperasan yang dia dah ada kat bahagian atas akuarium...memanjat melalui wayar filter pump yang ada dalam akuarium tu...sambil sepit besarnya kuat mencengkap wayar...tiba2 aku tertanya2 sendiri....lobster ni buleh hidup dua alam ke?????

Roll out!!!

p/s -Gerun pulak menanti waktu pulang...kot2 lobster tu dah hilang nyawa....heeeeeeeeeeeeee!!!!

Nantikan...MENYAMBUNG HASRAT...episod 2!!!!.....



 
Copyright © SEBUAH KARYA AGUNG