Crayfish ni adalah spesies yang 'kedekut'...kedekut dalam erti kata tak buleh nak berkongsi2 kawasan...tu pasal hajat aku nak menambah seekor lagi crayfish telah aku tangguhkan buat seketika (post terdahulu)...mengikut info, sekiranya akuarium kita mempunyai kapasiti 90 gelen atau lebih, baru la 'afdhal' untuk meletakkan lebih dari seekor Crayfish dalam tangki tersebut...dikhuatiri akan berlakunya episod 'pertumpahan darah' antara Crayfish2 tersebut...(bagus!!!...mempertahankan hak, i like!!!)...dan sekiranya tangki akuarium kita dasarnya berasaskan pasir2 halus...jangan terkejut la kalau2 pagi nanti, kita pun muka dok sememeh lagi baru bangun tido, dah timbul2 gua2 dan suasana baru yang akan wujud dalam tangki tersebut....sikapnya suka menyorok yang memungkinkan aktiviti2 'perlombongan pasir haram' tersebut akan berlaku...ehehhehe!!!...dan kalau ada batang2 paip PVC saiz2 badan udang ni pun buleh dibuat tempat persembunyian...kerat dalam 2-3 inci...tabur dalam tangki...tapi si Crayfish ni suka buat terkejut (dalam ertikata lain, errr....menerkam)...dah la Silver Shark aku tu ada yang saiz2 sederhana kecil...kang tak pasal2 'sakit jantung' pulak bila kena sergah dengan Crayfish aku tu...kunun2 nak mencari makan kat hujung batang PVC, alih2 muncung2 ikan abess kena kepit dengan penyepit besor dia tu....
Okeh...Bilamana dikatakan dia juga adalah antara pemburu terhebat (rasanya laa)...jelas dibuktikan didalam video yang aku lampirkan dibawah...jadi pada penggemar2 ikan emas ataupun ikan minnows!!!....jangan la letak Crayfish sekali dengan ikan2 anda...pasti akan berkurang bilangan ikan2 ada itu...ehehhehe!!!...even pada hari pertama Crayfish aku menginap dalam tangki, aku letakkan la udang2 hidup kecil kunun2 untuk buat brekfast, lunch dan dinner si udang kara sekor tu...alih2 tu pun 'salam hormat' dibuatnya dalam masa sehari jer...(ni mesti Silver Shark aku tu tumpang seinsang!!!...)...muhahahaha!!!
Kiranya minat aku terhadap Crayfish ni amatlah baru...sedang terhegeh2 lagi...tapi dalam pada tu mungkin aku buleh jadikan ia sebagai salah satu cabang ilmu untuk aku pelajari (asyik2 elektronic gadget jer)...bukan sekadar terhad kepada Crayfish sahaja...malahan kepada semua spesies ikan2 hiasan...kerana ia memang menjadi minat aku sejak dari dulu lagi...cuma masa, keadaan saja yang tak mengizinkan...mungkin kalau 'eksperimen' aku terhadap Crayfish ni dilabelkan berjaya...berkemungkinan aku akan lebih2 'serius' untuk menambah ahli2 Crayfish didalam rumah aku...(maknanya kena tambah akuarium + adjust ruang rumah + berlakunya peningkatan bil elektrik + kena bebel dengan wife aku)...ahhahaha!!!....
0 kritikan yang diterima:
Post a Comment