Sejak aku memiliki seekor freshwater lobster ni...(atau lebih dikenali dengan nama Crayfish, Crawfish, Crawdad)...aku semakin rajin untuk mengetahui hal ehwal akuarium aku tu...balik2 kerja jer terus aku perhatikan dan mengira 'penduduk2 bernyawa' yang ada kat dalam tu...mana tau kan kot2 dah semakin kurang yang mana aku sendiri yang tak perasan...ini berikutan kajian yang telah aku lakukan melalui 'Pokchek Google'...banyak info2 baru yang aku pelajari berkaitan dengan penjagaan Crayfish ni (saya budak baru belajar)...antaranya sifat, cara pemakanan, kehidupan dan sebagainya...dalam post ini, aku akan ceritakan serba sedikit berkenaan tentang sifat dan cara kehidupan si Crayfish ni....
Setelah diamati dan dilakukan sedikit penyelidikan baik dari kedai ikan hiasan mahupun dari data internet...baru aku tau yang aku kini memiliki seekor Crayfish yang berasal dari Australia...Redclaw Crafish...atau dengan nama binomialnya Cherax Quadricarinatus...berkemampuan untuk membesar sehingga mempunya keberatan 600g ataupun 21 Oz...(sekarang ni tak tau la berapa beratnya...masa baru beli hari tu tak sempat timbang la pulak...ehhehe)
antara 'perangai' Crayfish ni (tak kira la spesies apa pun, pasal dalam dunia ni ada 150 spesies)...adalah 'beliau' adalah sejenis yang pemalu...kalau dalam akuarium tu pun dia akan berusaha untuk menyembunyikan diri tak kisah la dicelah2 driftwood ataupun dicelah2 filter pump...kejap2 jer dia keluar menampakkan diri...ia juga adalah antara spesies binatang yang bersifat Nocturnal...iaitu agressif di waktu malam berbanding siang...juga tidak dilupakan beliau adalah salah satu daripada pemburu atau pemangsa yang baik...(mula2 macam tak percaya)...tapi setelah diamati video2 yang ada didalam 'Tiub Kamu' dan juga pemerhatian secara langsung dan original via akuarium aku, memang diakui...dia memang pantas...(mujur ikan2 Silver Shark aku ni adalah dari jenis2 yang agak cergas berenang, kalo tak dapat makan free jer la si Crayfish aku tu)...
kalo diamati post aku yang terdahulu...MENYAMBUNG HASRAT...ada diberitahu yang aku amat risaukan Crayfish aku ni suka memanjat...rupa2nya memang dia memang jenis rupa tu...akan cuba memanjat untuk keluar dari air...selagi buleh semua wayar2 hos dan kabel dia nak kepit...(nak buat aktiviti sun bath kot!!!...hehehe)...yang aku ni risau la kot2 dia akan mati kekurangan sumber pernafasan nanti masa kat permukaan, tapi mengikut fakta dia boleh bertahan sehingga beberapa jam (tak tau la berapa jam)...tapi for sure perbuatan dia tu adalah tidak BAIK untuk dirinya sendiri...(kompom padam punya!!)...lantaran tu, segala lubang yang ada kat tudung akuarium aku (yang mempunyai potensi untuk dia bolos...etc : lubang water hose pump, power supply cable untuk filter pump dan water heater) telah aku tutup...risau jugak kalau2 dia keluar...dia takkan mati kerana kurang oksigen...takut2 dia mati menemui ajal akibat terjatuh dari akuarium yang tinggi dari lantai....eheksssss!!!...
Redclaw crayfish (Cherax Quadricarinatus)
p/s - hajat di hati nak tambah lagi sekor dalam akuarium aku petang ni....tapi tak buleh la pulakkk!!!....kenapa????....nantikan alkisahnya dalam MENYAMBUNG HASRAT (Episod Akhir).....
roll out!!!
0 kritikan yang diterima:
Post a Comment