Haa...Kan dah kena 'balun'...!!!

Tayyip Recep Erdogan...nama yang tetiba melonjak naik gara2 Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davos, Switzerland...kali ini bukanlah kerana membaling kasut kat muka sesapa (ala..macam mantan Presiden Bush kena aritu..)...kali ni dia terus 'mengentam' Presiden Israel, Shimon Peres secara berdepan...dah la tu siap dok sebelah menyebelah lagi kat atas pentas ucapan...Perdana Menteri Turki tersebut dengan lantangnya mengatakan Israel membunuh rakyat Palestin sebagai membalas penafian Peres yang tak abih2 menegakkan tindakan tentera rejim menyerang Gaza hampir tiga minggu yang lalu...Alasan Peres terlalu rapuh untuk diterima...tindakan perwakilan bertepuk tangan tanda bersetuju dengan hujah2 Peres dan kebatasan masa untuk Erdogan membalas hujah dalam forum tersebut telah menyebabkan beliau bertambah berang...yang mana terus mem'balun' Peres dan seterusnya bangun meninggalkan pentas ucapan dan majlis tersebut...dah la moderator majlis pun orang akhbar Washington Post...lagi la nampak berat sebelahnya...bangang je Peres kat tepi tuh...takpela, yang haku dok pikir skang nih...ada ke orang lain especially pemimpin2 dunia nak wat lagu nih...seingat aku...ada la sorang...Presiden Venezuela...dia mengarahkan duta besar Israel kat negara dia 'angkat bungkus' dengan serta-merta tanda tidak senang dengan apa yang telah berlaku di tebing barat...berani jugak dia...kat Mesia ni yang aku tau ada la protes2 nih...jangan minum coke, jangan pakai barangan intel dan macam2 lagi la...yang peliknya...rokok tak pulak disebutnya...filem2 blokbuster pun sama jugak...kempen hape camni...???...lagi satu haku ambik contoh...most pekerja2 kat kilang coke ke, intel ke, Western digital ke (kilang lama haku tuh...)...adalah muslim...kalo kena boikot...periuk nasi depa camne..???...dah la ekonomi skang ni memang dok menyurut jer...antara kawan2 yang aku kenal kerana pernah bersama mereka satu 'industri' dulu pun duk mengeluh ngan keadaan skang...ada anak dan isteri yang harus diberi makan...tak ke naya...nak boikot orang lain...last2...rakyat sendiri yang kebulur...bukan tak bersetuju dengan kempen ini...tapi pada haku biarlah dengan cara yang lebih betulnya...haku pun tak tau la camne...kalo haku tau baik aku jadi salah sorang pemikir kat negara nih...ini adalah cetusan peribadi haku...orang lain aku tak tau...tapi nih la yang haku rasa...korang pikir-pikirkanlah....

0 kritikan yang diterima:

 
Copyright © SEBUAH KARYA AGUNG